Sunday, May 30, 2010

Chapter 50: Beza antara kakak aku dengan Balad Irbid.

Assalamualaikum,


Pagi tadi mak aku call aku masa aku dekat balad tengah shopping. Tengah sibuk sibuk shopping tiba aku terima panggilan. aku ingatkan hausmate ke siapa nak tanya aku dekat mana. sebab pagi pagi aku dah larikan diri pergi balad. nak bershopping sorang.

rupa rupa mak aku nak inform yang akak aku dah balik. Dia baru sampai dari tempat dia belajar dekat luar Malaysia. dalam telefon masa mak aku cakap dengan dia. aku dah dapat dengar dah suara kakak aku tu.

akak aku ni kepoh sedikit orang nya.


..........................

akak aku tu ialah akak yang paling tercantik dekat dunia yang pernah aku miliki. bukan nak bangga apa. dah dia seorang ja kakak yang aku ada. kalau ada dua orang kakak tu lain cerita la. aku kena adili betul betul baru boleh aku claim mana satu yang paling cantik.

tak kisah pun. yang penting dia kakak aku.

dia ni suka bebel bebel dekat aku. kadang kadang aku menyirap juga. kalau on9 ja. mesti dia bebel tak kontek mak ngn ayah ka. dan etc.

tapi bila bila fikir balik. dia seorang ja la kakak yang aku ada. walaupun kadang kadang terlepas aku macam menyirap dengan gaya dia tu. aku terpaksa mengalah juga. buat buat baik. bukan nak amik hati. mak aku selalu pesan. hubungan dengan adik beradik ni kena jaga dari kecik. nanti dah besar. kalau tak reti jaga sekarang. dah besar susah. nak nak dah ada anak masing masing.

nak tak nak juga.aku terpaksa mengalah. aku ingatkan diri aku balik yang kakak aku tu perempuan. perempuan ni cepat terasa. orang kata cepat emo. walaupun dia bukan seorang jenis yang berdendam,.tapimacam tak elok la cederakan hati kakak banyak kali?

nak nak kalau ada seorang ja kakak. nanti kalau nak rekomen pasal bakal bini. siapa lagi kalau bukan dia, orang pertama yang aku mintak rekomendesion sebelum ibu aku?

approval bawah tanah la katakan. kalau tanya abang. dia mesti utamakan soal cun secara tidak langsung.


....................

aku pergi Balad. balad tu macam pasar. hari ni hari sabtu. banyak stok baru. lagipun aku bangun awal. jadi aku takda benda nak buat selain study. aku release kan tension untuk pergi balad.


balad oh balad.


aku rasa puas pergi balad kalau dapat jumpa macam macam barang. nak nak kalau jumpa barang yang rare. balad ni banyak barang bundle ja. barang 2nd hand la.

walaupun 2ndhand, bagi aku tetap terbaik der kalau brand yang mantap mantap. sekadar kasut onitsuka tu aku dah beli dalam 4 pasang so far. tadi aku angkat satu kasut adidas made in korea yang sangat unik dia punya rekaan. tapi menarik dan harga pun tak tinggi mana. boleh la.

lepas tu aku carik baju berkolar yang stok stok brader2 dekat Irbid ni pakai. bukan ralph lauren polo tu. stok stok berkolar. aku boleh pakai. jadi la. tak mahalmana. skdar 2 3 JD ja.

aku jumpa juga polo tapi stok stok klasikal punya la. dan agak besar. size bapak aku. kalau nak beli untuk bapak aku. boleh la.

aku rasa. pergi balad ni macam pergi memancing. kalau pergi mesti kena bawak balik hasil. kalau tak bawak balik hasil memang rasa cam sia sia. kalau hasil yang mantap2, hati pun girang gemirang ja.

orang mungkin kata aku ada duit scholar banyak. asal tak pergi amman ja terus. pergi apa tu nama. mall sity? mecca mall?

nanti nanti la aku pergi. kalau nak carik seluar. aku pergi cari dekat sana kot. aku nak seluar levi's.


so far. aku dah banyak juga barang hangat2 yang aku dah dapat.

kalau buat bisnes dekat malaysia ni mantap juga der. tengok la macam mana ya.

..................

kan seronok kalau balad tu seberang syari' jamiah ja. tak perlu aku ambil koster dengan bayaran sebanyak 150 fils untuk pergi ke sana.

Majlis Bandaraya Irbid sila amik nota!

sekian.

3 comments:

dR dReamLoVeR said...

or kau yg pergi duduk area balad.

:.Qushayyi.: said...

Aku xsetuju lau pindah dpan syari' jamiah,
Kesian dkat pakcik kebab xd customer coz sume da malas pegi balad.

Aika said...

I like the way you talk about your sister.