Saturday, May 15, 2010

Chapter 42: 'Tq' pun cukup la sister.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. sudah la tamat program FESTBUK sebentar tadi. dalam 4 jam yang lepas sebelum aku buat post ni.

lega semua AJK yang terlibat tetapi kerja aku belum tamat lagi. mana taknya kena buat borang muhasabah untuk program. maklum la, nama biro perhubungan. macam sudah tiada kerja. jadi kerja yang sepatutnya di buat oleh biro lain, disalurkan dekat biro aku juga. takpe. aku okay aja.


........................

setelah seminggu program berjalan, macam macam ragam juga la aku lihat. bukan takat pada orang lain. pada diri aku pun juga ada la.

orang kata program ni nampak sangat macam program first year. sebab sometimes program macam flow tak seberapa flow. kadang kadang ada sedikit ralat. maklumlah. program first year yang urus.

tak pe takpe. tak kisah pun. biar kita belajar daripada kesilapan. tak kisah la kritikan datang dari macam macam sudut pun. senior ke junior ke member2 ke. kritikan tanda sayang.

.....................

aku jadi biro program. aku kena kontek setiap wakil rumah atau ketua rumah untk konfem kan dengan mereka tentang penyertaan budak budak rumah mereka dalam setiap pertandingan.

setiap kali biro program call aku. maksudnya ada kerja la tu. kadang kadang macam menyirap pula dia call tapi nak buat macam mana.fikir fikir balik dah tugas aku. kena la aku patuh.

yang buat aku menyirap tu kadang kadang nak contact orang tu tak dapat. engage la. battery off la. dan macam macam la. henfon aku dah la masalah takda banyak no sebab aritu masuk air. so, nak kena cari balik no budak budak irbid ni balik satu persatu. so, macam leceh sedikit lah. tapi takpe. gua okay sahaja.

....................

tadi malam program penutup. ramai orang datang. aku tak terkejut. aku dah agak dah. dalam meeting pun dah agak dah benda macam ni akan berlaku.

orang hanya aku jadi ramai apabila makanan secara free disediakan. kalau tiada makanan niaya je tanak datang program.

aku geram sedikit dengan orang sebegini. bukan apa. tak kisahla kau nak datang untuk makan . cuma masa hari hari yang lain sepanjang program ni berlangsung . susah betul nak nampak batang hidung kau muncul.

okay. mungkin dia periksa. tak mengapa. tapi takkan setiap event yang ada dekat Irbid kau nak ada exam. susah juga camtu aku rasa.

aku pun kadang kadang macam tu juga. tak pergi program. tapi tu la. aku kalau tak join. memang aku tak join sampai habis. walaupun ada makan makan. tapi so far aku ikut lah program permai yang lama sebegitu. biasa la. semangat first year.

aku bukan apa rasa macam segan. sepanjang program tu berlangsung satu minggu. aku tak datang. tetiba masa penutup. tup tap muka aku muncul pulak semata mata sebab makanan.
macam kurang segan juga la dekat situ.

tapi kalau datang sebab nak support program semata mata. memang bagus la. itu yang kita mahukan. bukan sebab makanan semata mata. kalau lah boleh.

.....................

aku sangat suka kalau orang hargai apa yang kita dah buat untuk kita. bukan aku nak mengharapkan balasan. cukuplah hanya cakap 'terima kasih'. ucapan terima kasih tu sangat lah bermakna bagi aku.

aku dahulu tak reti cakap terima kasih sampai lah satu masa dulu pernah kena sound dekat cikgu kelas ke siapa entah. starting masa tu aku punya mulut macam ringan nak cakap terima kasih. sampai orang pun naik pelik kadang kadang benda yang tak perlu aku cakap terima kasih pun aku cakap terima kasih,

bukan nak bangga. perkongsian cerita.

tapi tu la. aku ingat lagi masa haritu aku tolong member aku angkat meja pingpong untuk hntar dekat rumah akhawat. wow. berat meja pingpong tu takda la ringan mana. berat la juga. amik 2 orang budak scholar mindef untuk menggangkatnya setengah meja pingpong tu.

pendek cerita, rumah akhawat tu agak tinggi. lepas tu rumah member aku ni pun agak la jauh dari rumah akhawt tu. tak lah jauh mana. macam takat daripada sakan tolibat paradise tu sampai la depan simsemah.

tapi oleh sebab berat aku rasa macam jauh juga la.

aku rasa takda masalah kalau member member aku ni dalam bab bab tolong tolong orang. nak nak bila akhawat minta tolong. bukan sebab nak ikhtilat. sebab syabab tahu akhawt sangat memerlukan lelaki dalam bab2 angkat barang ni. kalau tak, siapa lagi nak angkat?

pendek cerita lagi, kawan aku tu punya la bersungguh angkat. walaupun dia macam bengang juga sebab akhawat tu cam nak cepat, dok call je member aku tu nak meja pingpong tu walhal kami baru ja balik kelas.

tapi takpe la. tolongpunyapasal. takmau la simpan perasaan geram tu. kita kasi lepas ja la.

bila dah sampai je destinasi. orang rumah nya macam takda. ada tapi duduk bahagian ruang lagi satu. kami berada di ruang lagi satu untuk letak meja pingpong tu.

dekat Irbid ni biasala. muamalat dengan lelaki dengan prempuan sangat terjaga. alhamdulillah. jadi takkan la akhawat tu menebeng muka duk dekat ruang yang kitorang ada tu.

so kami pun faham ja la.

namun, yang menyedihkan hati. apabila lepas angkat tu, kami habaq la akhawat yang ada. tatau la tuan rumah ke atau siapa untuk minta diri dulu. namun tiada respon.

mungkin dia tak dengar.tapi bila macam mengendap sdikt ramai pulak dekat ruang yang lagi satu tu. bukan nak mengendap sesuka. cuma takda la. nak konfem kan dengan orang yang mintak tolong tadi tu. mane tau kot kot ada masalah papa lagi ke.

ktoang pun biar kan ja la. namun hati macam punah sebab dorang tahan duk senyap. taknak respon papa. bila ktorang cakap. macam cakap dengan tembok.

biar je la. masa nak bla tu. ktoang sangat macam mengharap ada orang cakap terima kasih. bukan nak dengar suara akhawat tu. namun nak dengar yang ada orang hargai kerja kitorang.

namun, macam tiada siapa ja yang cakap. bapak serius kecewa do!

aku cakap bagi aku la. aku bukan nak dengar suara dia sangat. cuma aku nak dengar orang cakap terima kasih ja.

dah, cukup!

namun, tiada. jadi terpaksa lagi masing masing cakap terima kasih dekat rumah tu balik menandakan pemerlian kami terhadap mereka.

orang penat penat angkat barang. terima kasih tiada?

fine fine. kau boleh cakap kerja kami nampak sangat tak ikhlas. ok itu mungkin salah kami. tapi kalau tak ikhlas pun. kalau kau cakap terima kasih. sejuk hati mendengar. otomatik jadi ikhlas aku rasa kalau aku jadi dorang.

aku pelik. -_-"

............................

aku bukan nak serang akhawat semata mata. tak semua akhawat macam ni. cuma aku hanya ingin amik contoh dalam hal ni. aku tahu. akhawats irbid ni semua solehah. certain certain ja camtu. sama juga dengan syababs.

tapi aku hanya nak luahkan betapa penting nya perkataan 'terima kasih' tu dalam kehidupan kita seharian.

walaupun dua patah perkataan. ia sangat bermakna kalau kita cakap dekat orang yang kita mintak tolong tu. walaupun itu memang tugas dia. namun, cukup la kalau cakap 'tq' pun.

tak kisah la dalam ym ke. fb ke. sms ke. or wut so eva.

aku nak reinsist balik. aku malas nak jadi kontroversi. aku bukan nak kutuk,malukan,kritiks akhawts. akhawats,tolong la jangan terasa. n nak repot pape kalau aku cakap pasal benda. aku tak kutuk semua akhawat.cuma aku hanya nak kritik orang yang tersilap tu aje. tersilap untk tidak cakap terima kasih. TU AJA.

jangan biarkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

syabab pun banyak masalah? okay itu hal lain. aku sedang cakap benda basic basic. asas asas kehidupan. kalau tak reti cakap 'terimakasih', aku rasa baik jangan kahwin dulu. bahaya bahaya. boleh jadi point perpecahan kekeluargaan ni.

tak lawak ye. ini benda betul.

.....................

okay. si bakal isteri aku. tolong belajar cakap 'terima kasih'. supaya hati aku jadi ikhlas kalau kau mintak aku beli gula ke ape ke dalam keadaan aku tidak ada mood. namun bila kau cakap terima kasih. hati aku terus jadi girang.

aku bukan gatal. benda betul bukan?

..................

dari FESTBUK ke bakal isteri pula. kenapa macam jauh sangat topik dia?

aku terasa macam itu yang ada dalam kepala otak aku. aku luahkan sebab aku tak nak geram lelama. nanti jadi dosa pula.

fikir fikirkan lah duhai syabab.

sekian

4 comments:

-hazen said...

"namun hati jadi punah.."

pergh. haha.

terima kasih komen sebab post panjang-panjang.

haha.

wala' said...

nyanyi lagu sorry sorry ganti terima kasih dapat sejuk hati tak?

Anonymous said...

walaupun saya perempuan..tapi saya setuju dengan ketidak puasan hati kamu. kita masih boleh menjaga pergaulan sambil berbudi bahasa.


perempuan ramai yang rasa dirinya cantik , jadi tak perlu hargai orang lain


saya cantik

Anonymous said...

1- tahniah sebab bersabar~sifat wajib ble jadi dokter nanti.

2- nasihat yg bernas~budaya kecil yg dah dilupakan org.

anyway,jgan serik membantu org sudah.