Friday, May 28, 2010

Chapter 49: Jumaat di Jordan.

Assalamualaikum,

aku terasa sangat sangat la tenang kalau dapat ikat nafsu yang buas ni. bila cakap soal nafsu, jangan kecik kan skop pemikiran dengan nafsu yang 'tu' ja.

bole jadi nafsu untuk berhibur semua.

hajatnya nak layan sikit sikit. tapi akhirnya hanyut juga dikontrol nafsu. tu la orang kata. nafsu ni jangan diikutkan sangat. kalau suap sikit, dia nak lagi. lapau benau nafsu ni. terlalu la buragas. nak kasi makan pun kena kwal kawal.

nak bunuh tak boleh, sebab dia tak akan mati pun. yang boleh buat ikat dan kawal.

perit betul.

..................

semalam tidur lambat. bukan semalam. pukul 6 pagi tadi baru tidur. itu pun lepas subuh pada pukul 4. yang semakin hari semakin awal.

semalam belaja dengan teman teman. tak banyak belajar. banyak bercerita. standard la. bila sorang open cerita. yang lain semua nak tambah. last last buku terbuka macam tu ja.

pot pet pot pet. tengok tengok dah pukul 3. takkan nak tidur. sah sah la bangun subuh kalau aku tidur. jadi tahankan diri.untuk solat subuh. hajatnya nak habiskan study fizik semalam. namun, pot pet punya pasal.banyak soalan terbengkalai aku tak jawab.

salah teman teman ke salah aku kalau masalah macm ini berlaku?

..............

hari ini hari jumaat. rindu solat jumaat dekat Malaysia. khususnya dekat masjid biru dekat rumah aku tu.

dekat sana boleh jumpa kawan kawan lepas solat jumaat. makan dadih lepas solat jumaat. dan pergi shopping mall selepas solat jumaat.

dekat sini, suasana solat jumaat dia lain sikit. sebab ramai orang arab. ye la dah negara dorang. takkan nak ramai orang melayu. imam pun orang arab.

aku bukan tak suka. aku suka cuma rindu ja suasana malaysia tu. family dekat malaysia tu. kawan kawan dekat malaysia tu.

adik aku sorang yang kecik tu kadang kadang ikut aku pergisolat jumaat bersama sama.

dia dengan baju melayu dia. dengan kopiah kecik dia. dengan muka masam dia kalau panas terik sentiasa bermain dalam fikiran aku.

kalau dekat sini, lepas solat jumaat. masing masing aku menuju ke tempat makan. sebab nak makn. tak brekfest lagi. memang seronok la makn time time camni.
agak nikmat lah orang kata. perut kosong bila di isi memang nikmat.

.....................


dalam nak dekat 10 bulan aku dekat Jordan ni, khutbah jumaat masih tak faham faham. duk terpinga pinga ja bila khatib cakap dalam bahasa arab.

takkan nak tunggu khatib berkhutbah cakap dalam bahasa melayu baru aku faham?



sekian.

2 comments:

:.Qushayyi.: said...

Tunggu aku naik jadi khatib.
confirm ko paham

Anonymous said...

x paham upenye