Sunday, August 1, 2010

Chapter 95: Bila aku sudah tiada.

Assalamualaikum,

sejak kebelakangan ini aku asyik dengar tentang berita kematian ja. cuak betul rasanya. nak nak yang meninggal tu dekat dekat dengan sebaya aku.

meremang bulu roma aku.

.............

Hari tu. masa aku blogwalking aku terjumpa post sorang budak tu tentang kawan dia yang meninggal masa cuti. arwah merupakan budak KMB. amik IB. satu batch dengan aku.

ceritanya arwah terjerut leher dek tudungnya yang tersekat dekat tayar go kart. mungkin oleh sebab terlalu gelabah sangat. arwah sesak nafas dan pergi meninggalkan dunia macam tu ja. arwah dah la sebaya aku.

beberapa bulan yang lepas. kawan aku punya kawan meninggal dekat mesir. akibat terjatuh dari bangunan. aku tatahu kenapa boleh jatuh. macam macam cerita aku dengar. tapi orang tu dah pergi kan? tak baik rasanya aku nak punggah sesatu kisahnya.

masa makan semalam, aku punya kawan bagitau aku yang ada sorang budak UM meninggal akibat jatuh bangunan juga. dengar ceritanya nak pergi dekat bilik kawan lagi satu. namun, nasib tak menyebelahi arwah. arwah terjatuh dari tingkat lima 'ala tul terus jatuh ke bawah. meninggal dekat situ juga dek kecedaraan yang parah di kepala. serius aku tergamam beberapa saat masa dengar cerita itu.

lepas tu, pagi tadi before aku nak pergi jamiah, aku usha profile facebook aku. aku tengok ada orang komen dekat page kawan aku yang kawan kolej mereka meninggal. aku tatahu meninggal kerana apa. yang penting budak tu budak KMB jugak. dan sama batch dengan aku. maksud aku sebaya aku. aku cuba search nama arwah tu dekat facebook. aku jumpa pula page dia.

serius aku meremang bulu roma aku melihat facebook arwah. bayangkan. page yang kau bukak tu. owner dia dah takde. dah meninggal.

apa kau rasa agak agak nya bila kau usha semua gambar gambarnya yang dah dia upload?

...............

aku percaya dan yakin yang berita berita kematian aku dengar ni. tak lain tak bukan merupakan amaran dari Allah untuk aku dan kawan kawan aku yang lain semua.

nak tunjukkan bahawa. ajal memang tak kenal waktu. bila dah sampai ajal, nak tangguh sesaat pun memang tak boleh.

sebagai manusia biasa, aku akui. aku memang takut akan kematian. mana taknya. dosa diri ni pun tak habis cuci lagi. amal ibadah pun takat mane entah. takkan nak mintak mati sesuka hati ja.

kalau semua dah cukup lain kira lah.

tapi aku sedar. walaupun aku tahu yang ajal tu tak kenal waktu, namun aku masih gagal untuk membaiki diri aku setiap waktu. sedangkan aku tahu yang ajal memang buta waktu.
buat dosa sesuka hati kononnya ajalku masih jauh lagi. banyak benda lagi tak settle dalam hidup ini. kononnya lah.

padahal, kalau Allah nak tarik nyawa aku masa aku tulis post ni juga. boleh je Allah tarik.

tapi aku percaya. Allah bagi aku peluang. peluang untuk bertaubat. untuk baiki diri. sedia apa yang patut. tinggalkan apa yang patut supaya aku lagi mudah nak melintas titian akhirat.

harap harap aku tak sia siakan peluang keemasan ni.

............

aku kadang kadang pelik. bila ada orang cakap pasal mati ja. ada certain orang tu macam tak bagi. kononnya takut nanti mati awal la apa lah.

padahal orang tu just nak ingatkan diri sendiri mahupun diri orang lain. tapi itulah taktik syaitan aku rasa tanpa kita sendiri.

maklumlah, sesetangah orang takut itu menjadi petanda petanda terakhir untuk hayatnya ke apa.

kan orang selalu cerita. kalau seseorang tu nak mati, selalu nya before dia meninggal. dia selalu nya berkelakuan pelik. pelik macam mana tu. aku rasa semua orang sedia maklum kot.

aku tak berani nak cakap lebih. tapi aku yakin semua ni kuasa Allah.

cuma aku rasa, bila seseorang tu cakap pasal mati. tak perlu kot kita nak halang dia. aku rasa banyak faedah nya. nak nak untuk diri kita yang selalu benar lupa akan mati.

...............

aku pernah juga kadang kadang terbayang kan yang sekiranya aku 'pergi' dulu.

entah aku dah sedia ke tidak saat tu. harap harap kheir je lah semua.

macam mana lah keadaan orang sekeliling aku. keluarga aku, dan kawan kawan aku semua bila mereka sedar yang hakikatnya aku dah pergi meninggalkan mereka semua buat selamanya.

tak tahu lah sekirannya berita macam ni tersebar dekat seluruh kenalan aku. apa yang terukir dekat muka masing masing. senyuman mahupun tangisan. wallahu'alam.

tapi kalau ajal aku dah betul nak datang. hrap harap semua orang dapat amik iktibar yang hayat ni tak panjang mana kalau nak diikutkan.

berusahalah sedaya upaya untuk tinggalkan yang berdosa. laksanakan yang berpahala.

kalau tiap tiap hari cuba nak elakkan cakap pasal mati. last last kita mati tanpa sebarang persediaan. susah juga.

biar lah kita ingat mati setiap masa. nak cakap pasal mati 24 jam pun tak kisah. janji kita sentiasa usaha untuk bersedia.

kalau dah tahu umur ni tak panjang mana, mesti lah kita akan usaha yang sebaik mungkin bukan? sebab dah tahu yang ini waktu waktu terakhir kita.

*itu apa yang aku lihat dalam televisyen lah.

.................

kalau duk cakap pasal mati, tapi hati masih mati. memang tak guna gak. bila cakap pasal mati, kita harap hati kita jadi hidup.

Semoga Yang Esa mempermudahkan urusan aku sentiasa.

amin.

sekian.

2 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa berfikir dan mengingat tentang mati.

:)

Miss X said...

"Lakukan sesuatu yang terus hidup setelah kamu mati" - Hukama

That's why I'm bloging