Saturday, September 18, 2010

Chapter 111: Gambar lama sumpah kelasik.

Assalamualaikum,

tempoh hari, aku pergi rumah nenek saudara aku. lepas tu dekat rumah dia ada album lama lama. dalam album tu. ada gambar mak aku denga aunty2 dan uncle2 serta nenek and atuk aku masa dulu dulu.

dua puluh tiga puluh tahun yang lepas.

puas aku gelak bila teliti satu persatu gambar yang ada.

................

tadi aku ambil inisiatif untuk punggah balik gambar gambar lama yang mak aku simpan. ayah aku pantang nampak aku punggah gambar gambar lama ni sebab dia takut aku bersepahkan. memang betul pun. tapi itu tabiat dulu. sekarang dah besar panjang nak bersepahkan apa nya.

tak berhenti aku gelak bila teliti satu persatu gambar yang ada.

sedih pun ada juga bila tengok gambar orang yang dah pergi. macam atuk atuk aku.

adik adik aku yang sekrang ni dah besar panjang. dulu kecik ja dalam gambar. suka peluk peluk. sekarang. haa. amik kau besar gedabak.

ada yang gambar masa aku gemuk. kelakar juga lah. gayanya tengok macam memang tak kacak langsung. memang girlfriend pun lari kalau tengok. sekarang ni better lah dari dulu.

rambut aku masa kecik perang pula. aku pun tak faham kenapa. takdanya nak blonde. tapi memang perang. dan cantik pula. bila dah besaq. lain pula jadinya. syukur sahaja.

gigi dah la macam pelik ja masa dulu. tak lengkap pada satu masa tu. spek pula macam orang tua. memang terasa nak upload ja dalam facebook suatu hari nanti biar untuk jadi tatapan semua. kelakau bebenau.

aku geram gila. banyak betul gambar abang aku yang sulung masa dia kecik dulu. barangkali masa tu bapak aku ada slr. so, memang excited la amik gambar. dan masa tu pun jiwa muda lagi kot. tang adik adik aku dah kurang sikit gambar. kesian. haha

...........

bapak aku masa muda hensem. sangat bergaya. rambut afro. spek nak stylo ja. lain dengan sekarang yang lepas kahwin. serius lain. namun, tetap hensem.

mak aku masa muda serius lawa. macam awek arab.

tak tipu. bukan nak bangga. tapi biasala. masa muda. siapa yang tak hensem. siapa yang tak lawa.

bila dah tua. still hensem. still lawa. cuma dah berkedut sikit.

tapi apa apa pun, bila tengok gambar gambar parents aku masa muda. bandingkan dengan sekarang. rasanya nak pergi dekat dorang. nak peluk erat erat sambil cium pipi dorang sebagai tanda kasih sayang sanggup besar kan aku.

kau mesti tak faham.

biarlah. perasaan aku.

.........

aku rasa bila aku dah besar nanti aku perut buncit juga kot macam ayah aku. sebab ayah aku dulu slim shaddy ja macam aku.

tup tap. bila anak dah lima. haa. amik kau.

bukan nak cerita buruk. tapi barangkali masalah genetik.

uncle aku pun ada gaya nak follow daddy aku.

aku buncit takpe. jangan bini aku sudah.

sekian.

1 comment:

tepianmuara said...

ayat last memang cambest lah!