Thursday, April 28, 2011

Chapter 140: Non-Government Organisation.


Assalamualaikum,

malam malam buta macam ni memang seronok menulis. sunyi. ilham pun tak takut nak datang menjelma.

aku ada hal sikit nak cakap. dah lama aku simpan. tapi kali ini aku cuba luahkan.

.............

ramai orang merungut, kenapa perlu ada organisasi luar selain PERMAI wujud dekat Irbid ini?

BKAN, MMJ, MMY tu tolak ketepi.

aku tahu. semua orang faham. jadi tak perlu aku tuding jari dekat mana mana pihak. takutnya kontroversi sangat.

baru baru ini MPPMJ baru repost notis yang telah dikeluarkan beberapa bulan dahulu sebagai peringatan untuk semua mahasiswa dekat Jordan ini. Aku faham, sebenarnya MPPMJ nak gesa pihak yang macam berkeras kepala untuk bertindak.

dunia dunia.

..........

aku cuba bagi dua puluh sen aku.

aku rasa tak salah pun kalau nak ikutkan bagi pihak yang membuat pertubuhan luar selain PERMAI dekat Irbid ini. Bukannya dia buat jahat apa pun. Pertubuhan tu pun benda baik. Bantu menyebarkan agama Allah.

yela. kenapa pula orang lain nak bising kalau orang buat baik? kenapa tak bising dekat pihak yang duduk melepak takde kerja tu. main game. tengok movie 24 jam. kenapa tak salahkan depa? nak salahkan juga mereka mereka yang buat kerja dakwah ini.

bukannya depa nak kacau pentadbiran PERMAI pun dengan pertubuhan mereka sendiri.

Lagipun pertubuhan depa lebih bersifat kekal berbanding PERMAI yang akan tamat bila ahli khirij. Pertubuhan lain sekurang kurangnya sampai Malaysia juga lah buat follow up.

bukan nak jatuhkan PERMAI. cuma nak kata yang rasanya takda masalah pun kan kalau orang buat kerja baik?

............

Dalam waktu yang sama, ada benda yang aku tak setuju dengan pertubuhan luar ini.

jujur aku kata, aku lebih suka pertubuhan luar yang bersikap underground. nak buat benda baik tak semestinya nak kena bagitahu orang lain yang kita kerja under siapa. cukup lah kata kita bkerja untuk orang.

karang, orang cakap kita macam tak ikhlas pula berdakwah. kenapa perlu beria ria sangat naknaikkan nama pertubuhan kalau kita betul betul nak berdakwah?

dan aku faham je. aku rasa sebenarnya tak akan ada orang bising kalau benda ini tak dijaharkan.

bila semuanya jahar, itu ramai yang bising. mungkin ada yang bising sebab tak suka pertubuhan tu, gara gara takda hubungan baik dengan pertubuhan dia sendiri.

takpun, paling kurang, yang tak da papa tu. yang tak faham kepentingan ber'pertubuhan' tu. dia akan cakap pertubuhan luar ni boleh menimbulkan pecah belah ahli.

kadangkala setuju juga aku dengan rintihan macam tu.

untuk bersikap adil, aku rasa, pihak atasan sengaja mengeluarkan notis tu untuk pihak pertubuhan luar ini mengurangkan penjarahan depa sendiri.

almaklum, dekat Jorda ni macam macam orang ada. macam pertubuhan juga ada kalau nak ikutkan.

kalau semua pihak nak jaharkan identiti masing masing, aku takut. lain pula jadinya.

untuk lebih selamat, kembalilah kepada underground.

rasanya tak salah kalau underground dekat sini tapi bila balik malaysia upperground.

balik Malaysia, buat lah apa yang kita nak buat.

cuma kadangkala kita kena belajar untuk menghormati adat sesuatu masyarakat tu. Adatnya disini, PERMAI berfungsi untuk menyatupadukan pelajar di Irbid tanpa gangguan pihak luar.

harap harap ada manfaatnya. sekadar berkongsi. sorry kalau tak dapat apa apa.

...............

kalau nak undi aku pun, tolong jangan undi aku untuk MMJ. pleasee.


sekian.

2 comments:

Anonymous said...

agreed

kadang,apa yang nampak pada zahirnya begitu
hakikatnya,tidak sebegitu
faham ke?
haha

kena tanye supersenior's opinion la gini

Unknown said...

kadang2 ak terpikir gop.
bagus snarnya ada banyok2 psatuan y compete nk wat program.
barulah program2 bkualiti n relevan je y jadi prioriti psatuan.

but i'm not sure sesuai x dengan waqi irbid y x de lah banyak sgt pbezaan student2. ada cmunity y blajar medic n agama saja.

tq bro. al the bes..