Thursday, May 20, 2010

Chapter 45: berkecamuk duhai fikiran.

Assalamualaikum,

Hari ni aku kelas macam biasa. Yang bestnya aku dah habis kelas animal health, physics, dan food preservation untuk hari ni. Alhamdulillah. wellnss and lifestyle dah habis awal dah. sekarang cuma tinggal OC dengan VB ja. tak sabar gua nak katam ni.

yang tak bestnya, tak ramai pergi kelas hari ni. dari pagi sampai tengah hari. aku rasa. orang melayu macam tak ramai seperti selalu.
mungkin masing masing sibuk study dekat rumah barangkali?


...........


Tadi member aku luahkan perasaan dekat aku tentang member yang aku lagi satu. aku malas nak cakap banyak. aku dengar aja. kang kalau aku tambah tambah aku juga dapt dosa sebab mengata. aku prefer dengar aja. nak lari tak boleh. dengar tak dengar ja la.

dia cakap yang member aku lagi satu tu macam pelik. bila jumpa depan perempuan je jadi lain. dia cakap member aku tu bila ada perempuan ja, dia berubah. start cakap kuat kuat n pape jela.s
seolah olah nak tarik perhatian perempuan.

aku tak brani nak cakap apa apa sebab ada dua kebarangkalian dalam kepala aku. first, aku takut member aku yang ngadu ni ja yang salah faham. padahal, member aku lagi satu tu biasa ja. memang pe'el dia cakap loudspeaker.

takpun, memang betul cakap member aku yang mengadu tu. member yang bersalah tu memang suka tarik perhatian perempuan dengan cara yang kurang menyenangkan itu.

aku tak tahu. tapi nak ikutkan memang aku tak suka pun kalau orang suka tarik perhatian kalauguna taktik kurang bersih sebegituan rupa. jelik juga ya.

aku cuba bersangka baik. aku fikir yang member aku ni tersalah faham je kot. aku malas nak fikir bukan bukan. nanti efek relationship aku dengan member aku lagi satu pulak. maklumlah, dia bukannya kacau hidup aku pun. mungkin itu memang kelemahan dia. kalau cakap belakang pun takda gunanya kalau dia tetap tak berubah.

kalau ada rezeki, aku cuba cakap direct dekat dia.

..........................

aku rasa dalam banyak banyak benda la dekat dunia ni. benda yang paling memang distract aku ialah perempuan.

bukan apa, nabi pun dah kata fitnah dunia terbesar untuk kaum adam ni ialah perempuan.

sory ler permpuan. bukan nak menjatuhkan ranking kalian. namun, ada sebab musabab nabi cakap camtu. mak

aku malas nak cerita pasl permpuan nanti. aku cerita skit je la kot. aku bukan la stok gatal apa nak tulis pasal perempuan semata mata dalam chapter aku ni.

aku rasa kalau tak fikir pasal perempuan satu hari tu. memang aman gila hidup. serius aman. tenang dan damai. kalau start fikir, memang berkecamuk la pemikiran aku.

bila cakap pasal perempuan, aku tak merujuk pasal benda benda tak elok tu. aku nak merjuk pasal cinta ja. sebgai manusia tipu la kalau aku ni tak da perasaan nak suka sesiapa. nak cinta sesiapa. bapak kelentong la orang kata.

aku ngaku. kadngkala. hati aku rajin diupdate oleh perasaan baru. sekejap rasa suka dengan si A.sekejap rasa minat dengan si B. sekejap rasa yang si C ni macam cun. sekejap rasa yang si D ni macam solehah.

adohay. mcam macam kecelaruan yang timbul.

kadang kadang terbayang dapat orang rumah orang arab pun ada juga.

pelik oh pelik.

aku tau benda ni lumrah manusia. aku pernah cuba untuk buang perasaan tu. namun, memang tak boleh. kang jadi gay la pulak. haishh.

takkan nak salah kan sebab lumrah kot? tak baik tak baik. yang hanya aku buat ialah kawal dan lawan. kalau tak habis hidup aku kecelaruan.

aku teringin sangat sangat. untuk suka dekat seseorang yang buat aku tak pandang orang lain selain dia. dalam keadaan yang sama aku dapat kawal perasaan aku. dalam keadaan yang sama gak, ada potensi gak le aku dapatkan dia suatu hari nanti.

namun, belum lagi keadaan sebegitu muncul.

memang ujian tahap kesbaran aku.

:(

gua tak desperte cuma gua manusia yang tak boleh lari daripada lumrah alam.
gua bukan gatal sangat nak kahwin. gua nak kahwin lepas gua grad nanti.
gua bukan gatal nak bergelpren. sebab gua tak minat pun ada gelpren.
cukuplah kalau gua minat seseorang tu sampai bebila.


.........................

aku fikir nak gunting rambut pendek. tapi kecelaruan turut bermain dalam fikiran untuk bawa rambut panjang ke Malaysia.

Namun, hati mcam kurang senang. macam mcam benda berlarian dalam kotak fikiran aku.

sorry la kalau kau tak suka aku sebab rambut aku. sorry la. aku baru first year. nak merasa juga rambut panjang sekali sekala walaupun tak sehensem mana.

sekian.

3 comments:

Anonymous said...

wah, tulisan besa :)

Anonymous said...

untuk dapatkan hati yang tak memandang orang lain setelah jatuh hati pada satu perempuan sahaja adalah agak mustahil bagi lelaki. tapi boleh terjadi.

kaedahnya mungkin dengan mengawal hati tu untuk hanya jatuh bila dia betul2 tersadung dan tersungkur lalu tergolek ke apa. bukan jatuh tak memasal. takde batu, takde apa nak jatuh pulak.

dan dengan memasang keinginan2 di hati yang sama dengan kehendak tuhan dan jalannya nabi. mencari, memilih..kerana agamanya.
bukan sikit2 pandang minah arab mata warna warni pelangi dah jatuh hati.

pilih untuk jatuh hati pada dia yang buat kamu ingat tuhan, baru ingat dia.




saya takut identiti terbongkar bila cakap banyak kat sini.


gudluck2!!

Anonymous said...

Tahniah atas pembesaran tulisan anda!

Bab perempuan tu, jatuh la sebab agama. Bukan sebab rupa atau dah ingat "kalau aku kawin dengan dia ni nanti mesti dapat anak comel-comel."

Saya rasa tahap mentaliti anda tak bersedia untuk beri komitmen sepanjang hayat lagi, sebab tu senang jatuh hati sana sini :)

Just make sure perempuan yang akan jadi suri rumah anda nanti tu, anda jatuh dengan dia bukan sebab selain agama dan akhlak. Dalam hubungan ni kena cari redha Allah jugak kan.

Mulakan dengan keredhaan, sure berkekalan :)