Friday, March 5, 2010

Chapter 11: Belajar overseas boring

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah hampir 5 bulan dah aku duk Jordan ni. Rasa cepat betul masa berlari. Aku pun sekarang dah berubah. dari segi fizikal.

Ingat lagi masa mula mula dulu dekat sekolah, excited gila nak pergi oversea. Belajar punyalah sungguh sungguh dalm spm utk dapat tiket pergi oversea. Bila dengar senior tu fly, senior ni fly, abg tu fly, akak tu fly. Jiwa jadi membara bara nak ikut dorang fly jugak. Seronok sngat nak kapal terbang free kn?


Aku dulu dapat pergi India. Tapi aku tolak. Sebab India akan buat aku habiskan masa dekat Msia selama 2 tahun dengn IB. Aku tanak amik IB. IB sangat susah dan aku tak lah sehebat mana. Jadi, aku lari untuk apply jordan. Nasib baik la MARA bagi. Kalau tak, aku tatau la macam mana.

Mula mula dapat jordan, seronok gila! yela, bagi aku, better lagi daripada india. Sebab aku rasa aku tak seronok pergi india. nanti cakap bahasa keling. tak best langsung! Jordan, sekurang kurang nya bole la ak blajar cakap arab walaupun tak hebat mana.

Bila dah sampai jordan, dah lima bulan duduk dkat Jordan. Baru lah aku tahu hakikat sebenar duduk dekat oversea. Bukan tak seronok. Tapi mencabar! Benda yang mencabar ni kalau kita takbleh tempuh dgn baik dia jadi taak seronok.

Aku terfikir, aku baru dekat Jordan. Itupun banyak benda dah mencabar mental dan fizikal. Macam mana lah kalau aku duduk UK dan etc. mesti hebat lagi dia punya cabaran. Gua suspek la siapa yang dapat lyan benda benda mencabar ni!

Duduk dekat luar negara tak macam kau duduk dekat asrama dekat malaysia. Tak kisah lah sekolah ke universiti. Dekat luar negara ni, kau duduk tempat orang lain di mana, orang dia tak sama dengan diri kau. maksud aku tak sama dengan diri orang malaysia tu sendiri. Kalau setakat duduk JB dan belajar dekat Kelantan. Takdalah payah mana pun nk fahamkan dengan masyarakt dkat ctu. Tak lari mana beza orang melayu ni.

Duk oversea ni, kau kena mahir memahami pe'el orang asing ni. macam tmpat aku, orang arab. Kau fikir orang arab baik sangat ke? dia manusia juga. Diorang pun ada peliknya jugak. tapi tak semua la.Cume pelik dia buat kita rasa lagi pelik sebab kepelikan dorang tak sepelik orang orang kita sendiri.

Betul orang cakap, belajar luar negara dapat bukak mata kau luas sikit. bukan sikit banyak bagi aku! kalau dulu, kau duduk shah alam ja. Bila kau pergi perak, orang dia macam lain skit. Itu baru skit. Belum lagi kau pergi tempat jauh macam Jordan ni.

Kategori kepelikan tu aku tak dapt deskripkan tapi ia sesuatu yang orang kata luar daripada adat adat orang kita. Tak semua yang pelik tu jahat. Ada je yang benda tu pelik tu macam baik, tapi bagi dorang la. Bagi adat kita, dia vice versa plak. Variasi tak dunia ni?

jadi aku nak cakap, dugaan duk luar negara ialah nak memahami karenah masyarkat tempat tu sendiri. Ia memang amik masa seh! kdng kdng aku naik geram dengan orang arab ni. Tapi tak semuala. Jangan kau fikir orang arab ni teruk, tapi kau faham lah, kerana nila setitik rosan susu satu belanga!

Duit sekoler pun jadi satu masalah, aku rasa kalau kau tak reti urus duit. Baik kau tak payah duduk oversea. tak kisah la ko bdak privet ke, budak sekoler ke, budak pnjaman ke, or apapa ja. kalau kau tak reti nak urus duit langsung! baik kau duduk malaysia. Duduk dekat mak bapak kau semoga depa dapat jaga perblanjaan kau. Bukan apa beb, duduk luar negara ni. Mata wang dorang besar, kalau macam mesir ngn indon tu lain cerita la. Tapi kalau macam dekat Jordan ni sendri, aku dah rasa aku macam sush betul nak buat pengawalan kewangan. Itulah akibatnya kalau tak biasa pegang duit besa besa dalam simpanan. Kadang kadang kita gagal mengatur dengan cemerlang. Kadang kadang duit yang berlebihan dalam sbulan tu (bagi budak sekolar), boleh jadi tak cukup plak sebab boros sngat tak engat dunia. Bahahaya bahaya. nasib baik aku tinggal dekat Irbid aja.

Aku pesan dekat Junior junior yang baru nak pergi oversea tu, aku nasihatkan korang untuk prepare sebaik baik nya! macam aku cakap tadi, duduk oversea ni seronok, tapi dia jadi tak seronok bila kau tak reti nak tempuh benda benda mencabar dekat oversea.

Banyak lagi benda benda mencbar dekat oversea sebenarnya, macam pasal kawan, pasal pengrusan diri, pasal cinta, pasal keluarga, pasal belajar. dan macam macam lagi la.

Kalau pasal kaawan, mcam biasa, manusia ni berubah. Sama jga dengan kawan kawan. Kau jangan terkezut kalau kau kawan kau brubah secara drastik bila pindah oversea. Jadi baik takpe. Tapi kalau dari baik jadi jahat yang bahaya! kau pun kena berhati hati. Bukan kawan kawan ja berubah. Dalam waktu yang sama gak, kau dapt kenal siapa kawan kau yang boleh bawak kawan sebenarnya. siapa yang topeng persahabatan. kalau dkat asrama dulu lain. Asrama tu boleh la nmpk sikit. Tapi tak senampak kau duduk bersama sama di oversea. Percayalah beb!

Kalau pasal urusdiri, kau kena disiplin beb. kalau kau disiplin zero, bahaya sangat. AKu pun rasa diri aku tak terurus dengan baik lagi. Tak disiplin lagi. Teruk beb! terasa mcam kau banyak sia siakan masa. sedih dude,

Kalau pasal cinta, aku tak biasa nak cerita. Tapi kalau kau bercinta dekat orang malaysia. Aku nasihatkan, kau jangan lah menaruh harapan 100 percent utk setia dekat dia. Orang berjauhan ni apa apa boleh berlaku. nak nak, kau baru tahun satu dan lama lagi kau nak habis belajar. Lain lah kalau kau rancang nak kahwin awal. ITu tiada masalah InsyaAllah. Kalau bercinta ni macam berjanji tak ofisial. So, orang boleh break janji tu suka suka je kdng2 walaupun kita fikir kita setia dekat dia. Kononnya lah, tapi kalau kahwin dia lain sikit. Kau takbleh nak break mcam tu je beb. WOih, putus cinta perit lol, aku tengok banyak orang putus cinta berubah, berhati hati aku ingatkan, kalau takut putus, toksah bercinta, takpun kau kawin awal! haha,

pasal keluarga, kau kena pastikan keluarga kau tu diutamakan. Jangan main main bab keluarga ni. Dekat asrama boleh la cakap kau tak call 1 bulan 2 bulan. Tapi dekat oversea jangan la sezalim tu, nak kata takde tenet. bhong la. paling common pun tggal kan offlne msggs dekat ym fmly kau. takpun sms bertanya khabar aja. kalau tak, kecewa dorang seh.

pasal study, lu fikir sendiri lah beb, belajar kena pandai pandai jaga. Kalu dah tau diri tu tak hebat mana. Pegi la belaja. Jangan belagak pandai smpai belaja last last mnte. Dekat oversea fmly takda nak spport kau. antara kau dengan kawan kawan ja. Jadi, belaja tu kena bijak caranya. Jangan membabi buta belajar.


aku tak cakap belajar oversea ni tak bagus. bagus sebenarnya, tapi aku nak kongsi apa yang aku rasa dekat kau biar kau ready awal awal sebelum datang. macam aku cakap, kalau kau pndai tempuh cabran. smua jadi seronok! percyalah.

Lagipun, aku baru aja tahun 1. Jadi, kemantapan duduk diluarnegara mungkin belum nampak kesemuanya dengan jelas je lagi. aku baru tahun 1. Stardrd tahun 1 lah banyak songeh. Masalh tu la masalah ni lah. Itupun kalau kau takr rdy mental dn fzkal,

jadi, aku harap semuanya akan berjalan lebih lanca lepas ni Aku suka duduk Jordan ni. Tak kisah pelik mana orang dia. ak ttp sykur dgn ap yang ada. tapi aku rancang nak habes 5 tahun je dekat jordan ni.InsyaAllah.

oversea tu best kalau kau pandai tempuh cabaran.
kalau loser, takpyah pergi oversea,nanti susah aku kata!

Sekian

7 comments:

eatyu said...

Adakah loser dijadikan bahasa baru skarang?

Nasihat terbaik dari senior utk junior.

Blog aku tak tutup.Ada sebab.

yourfriendlyhamster said...

jgn salah bro...blaja kt jordan je boring kot... kt sini(UK) ok jer..

Op uLyA said...

seboring boring jordan, boring lagi blog kau. hahahahha wei since when did u become one essay writer

Anonymous said...

thnx for the sharing..
ak stdy local ni pun xley nak bwak dri..hoho..

furqon said...

mende yg boring sgt...,.>?haha

Najib Daud said...

haha- aku tatau,cambes je.
yourfriendlyhamster- oh yeke. belajar joden ok je. cuma yang boring bila kita tak perform belajar. huhu
op ulya- since kau berbahas dalam bahasa melayu!
sha- haha . noproblem. biasala tu. hardship mana2 tempat ada. cuma kne tabah je! gd lck!~
qon- best je. cume tak best kalau kita tak perform stdy.sob2

Anonymous said...

mende laa ko nih..ko pandai ape !