Friday, March 19, 2010

Chapter 19: aku memang kaki bangku.

Assalamualaikum,

satu demi satu nikmat aku rasa Allah tarik dekat diri aku ni. kau mana rasa sebab kau bukan aku.dan aku bukan kau. perit rasanya. orang boleh kata itu benda biasa. tapi bagi aku ini luar biasa.

Allah sedang menguji aku. okay. aku sedang bersangka baik dekat Allah. cumanya, aku baru rasa sikit aja nikmat yang kena tarik. itu pun macam dah mengeluh. astaghfirullah. macam mana member aku yang hilang bapak dia tu eh? aku terfikir sejenak.


.................

tadi aku ada match bola. team aku dengan team lawan. team aku nama team warung din fc. aku jadi sub. tak macam mula mula dulu . mungkin sebab aku terlalu hambar untuk jadi pemain utama. memang betul. aku tak nak tipu.

ramai geng aku takda pagi tadi. ramai yg cedera. pemain terbaik team aku banyak yang cedera. sabar ja la. tadi pun aku kena ganti pemain yang cedera sebab cramp sebab kena tackle.

aku rasa aku ni gelabah lah orang nya. tak salah kan mengaku kelemahan diri sendiri. bukan nak bangga. nak orang amik iktibar sambil aku cuba muhasabah diri.

aku bila dapat bola aja aku menggelabah. macam lose control. aku terasa yang aku macam first time main bola. lari tercungap cungap. tak menjiwai jiwa seorang pemain bola lansgsung. passion aku dekat bola macam dah takda . tak tau kenapa. loser juga aku main posisi depan tadi. tiada alasan yang aku dapt bagi atas kelemahan diri ini. kaki panjang tapi pecut tak kemana. mungkin badan aku dah semakin berisi. siapa suruh jadi berisi?

teringat dahulu, yang bola ni macm faverita aku habis. aku suka betul main bola. satu masa tu, aku macam hebat juga maen bola ni. aku main futsal. asik buat skill aja. jadi pula tu. bagi aku itu zaman kegemilangan aku. tak nak kerek apa. tapi kalau nak bahagi bahagi grup tu, aku ni kononnya macam barang panas la. orang rebut2 aku. tapi cerita tu bertahan selama setahun dua ja. sekarang passion bola aku dah ilang. bukan alasan. tapi dugaan.

tadi team warung din kena titik 4-0. semua macam takda mood ja. aku pun main tadi tak bersungguh. entah tak da semangat ke apa. rasa kosong je jiwa. suma kaku tengok team lawan skor. skor dorang lawa2. ada juga. goal yang entah pape.aku taknak tuding jari dekat siapa siapa. aku lebih prefer tuding jari dekat diri sendiri. aku umpama tiada fungsi!

rasa macam nak berhenti main bola. tapi aku sayang team warung din. ukhuwah antara kitoang spesel bagi aku.


..................

tadi ada sorang senior tu tawarkan aku satu jawatan kecik dalam perbadanan ape ntah. besar jugak badan tu. tapi bukan permai. dia kata jawatan tu takda kerja sangat. aku cakap dia bukan soal takda kerja sangat. soalnya, kerja dia apa.

dia cakap mungkin nak rekrut aku untuk masa akan datang sebab aku macam ada potensi untuk masuk bidang kepimpinan.

seriusly, aku macam tak berminat. aku tak nak masuk bidang tu lagi. cukup lah dengan apa yang ada. diri aku tak cukup hebat nak pegang jawatan suka suka.

jawatan ni kalau sekarang kecik kecik. lama lama jadi besar. Jadi terbeban. bukan soal aku malas, soalnya aku nak kebebasan. Kebebasan untuk buat urusan sendiri. kalau nak tolong orang, tapi diri sendiri tak tertolong macam mana?

maaf senior. tolong cari orang lain. alasan? tiada alasan. aku tak mahu. itu aja.

..............

oh, diri semangatlah engkau jangan tak semangat.
jangan lembikkan diri yang akan jadi lembik lagi kalau dibiarkan,
kuatkan hati kuatkan mental kuatkan fizikal,
kasi tonyoh sikit pada hati tu gelap tu.

sekian.

1 comment:

eatyu said...

konon lah najib tak nak jawatan.
dulu pun kau cakap macam tu.

trust me,kau akan ambil jugak jawatan tu.

aku yakin lagi tu