Friday, March 19, 2010

Chapter 18: eleksi untuk jadi lebih baik.

Assalamualaikum,

seronok betul dapat hantar kerja VB pagi semalam.

semalam ada election dekat jamiah untuk MPP jamiah. Serabut betul suasana semalam. Naik pening aku tengok. macam macam parti ada. parti kuning parti biru. aku tengok parti kuning macam parti hijau dekat malaysia. parti biru jamiah macam parti biru malaysia juga. tapi ini versi universiti arab punya. masing masing bawak ideologi masing. Budak melayu banyak vote parti kuning sebab ikut sejarah parti kuning ni banyak bagi faedah dekat student termasuk budak melayu sendiri. Aku tanya kawan somalia aku. dia pun kata orang somalia banyak vote parti kuning. parti biru ni macam liberal sikit. aku perhatikan yang banyak bawak dia punyas skaf tu budak2 free hair n so-called hot dekat jamiah. yang bawak skaf kuning pulak budak budak berjambang serta bertudung litup.

aku tak tau sangat agenda yang dibawa oleh kedua dua pihak. yang aku tau senior duk promote vote yang kuning dekat junior semua. budak jenior tak tau sangat, jadi main ikut ajalah. Ada orang fikir benda ni tak penting, ada orang fikir benda ni penting. junior rasa nya vote bukan atas kepentingan tapi vote untk pengalaman. senior pulak vote untuk kepentingan. rugi bagi siapa yang tak vote. vote aku rahsia. souti siir!

..............

aku rasa macam malas nak balik malaysia tiba tiba. aku rasa aku nak duduk jordan merantau tempat tempat yang tak pergi lagi. tapi kalau aku tak balik, kesian pulak dekat family aku. aku tulis status dekat facebook, sume cakap aku tak sayang family aku ke ape. bukan soal tu, soalnya aku rasa macam terlalu awal aku nak balik. Dulu macam excited rasanya, entah tiba tiba rasa nak raya dekat sini pulak. aku rancang nak balik malaysia bulan 1 nanti. tapi tatau lah. ini rancangan ja. kena konfem kan dengan family dulu. aku nak jumpa adik adik dekat sekolah. kawan kawan dekat malaysia macam rindu dekat aku. tapi aku tak pasti betul ke tak.

.............

malam tadi study ramai ramai dekat rumah abu. ramai juga yang datang. ada yang tak dapat datng. mungkin ada hal masing2. takpe. tiada paksaan pun.

seronok pulak aku tengok belajar ramai ramai. kawan aku suka pulak belajar ramai ramai. tersenyum dia sambil belajar. aku belajar visual basic dorang belajar organic chemistry. padahal aku tak mashi lagi organic. tapi aku dah baca la jugak. berbanding visual yang macam aku tak faham apa apa. padahal bapak aku ajar subjek tu dekat malaysia. kalau aku tak lepas visual basic, mesti bapak aku sedih. tapi dia tatau pun aku amik visual basic rasanya. aku rapat dengan ayah aku. cuma aku bab2 pelajaran ni kurang sikit cerita dengan parents aku. tatau kenapa. bukan salah dorang. salah aku sendiri malas nak cerita. teruk!

suma study betul betul. sambil tu main sikit2 lah. tak kisah lah kan sebab nak hilangkan mengantuk. lepas tu aku tidur awal sebab nak bangkit awal. pukul 1 aku tidur pukul 3.30 aku bangkit. tak rasa sekjap pun tidur. lepas pukul 4.30 kejut semua pergi subuh ramai2 dekat masjid. seronok pergi subuh ramai ramai. meriah betul.

aku ingat lagi junior aku penah bagi tazkira yang terkesan dekat hati aku. dia cakap kalau nak tau tahap kekuatan keimanan seseorang tu, tengok dekat solat subuh dia. kalau subuh dia hancur, sure dia lembik. masa tu aku tengah lembik, sebab aku selalu subuh lambat. lepas tu aku cuba jadi kuat. lama juga aku cuba. alhamdulillah, seronok jugak bila kita cuba kuatkan iman kita. walaupun aku tak berani nak claim iman aku kuat. tapi sekarang jadi lembik balik. aku berazam aku nak kuatkan balik iman aku.

........

masa aku pergi mekap tadi, aku dengar assistant naqib aku bagi tazkirah. dia ingatkan untuk amik serius tentang solat. lepas tu aku teringat siapa entah cakap pasal sensitivit tentang solat.
Dia cakap semua orang patut ada sensitiviti tentang solat. aku tengok manusia ni termasuk aku sendiri kadang kadang tak peka atau sensitip tentang solat. suka hati mak bapak dia je nak solat bila bila. dah masuk waktu nak lengah lengahkan pula. aku pun macam tu jugak kadng kadang. bila aku fikir balik, kalau aku date ngn awek, boleh ja ontime. tapi bila aku date dengan Allah takkan aku tak boleh ontime? bapak hina diri aku macam tu. tak reti bersyukur. kalau kita kena solat 50 solat fardhu baru tau. ni yang sikit pun tak reti bersyukur. soal subuh lagi lah, kalau dah bangun tu, tidur balik, ikutkan sangat nafsu dengan syaitan tu.

aku rasa aku geram betul dengan nafsu dengan hasutan syaitan kebelakangan ni. macam baru sedar yang kedua dua tu wujud. padahal tau dah lama. cuma kebelakangan ni aku jadi makin geram pulak sebab dorang buat aku jadi malas. buat aku jadi daunt. moody dan macam macam. semua benda tak kena. benda benda ni aku patut atasi dengan segera kalau tak menjadi jadi.


...............


hari tu aku gi jumpa tok sheikh ikut budak budak ni. lepas tu banyak gak tok sheikh tu cerita. hebat betul tok sheikh tu sebab dia ada banyak buku femes femes. tak sangka aku ada peluang nak jumpa dia. dia dah tua tapi boleh bercakap lagi. dia kena parkinson dia ckap. dia orang arab. dia boleh speaking dengan mantap. sebab dia belajar dekat amerika. aku kagum.

masa nak habis, aku berani tanya dia sebab baru tau dia boleh cakap inggeris. kalau cakap bahasa arab, aku faham sikit sikit aja. aku tanya macam mana nak dapat hati bersih?

dia cakap amik yang halal dan tinggalkan yang haram.

bila dia cakap macam tu, minda aku terbuka sekjap. yang halal tu banyak. yang haram pun banyak. cuma sekarang aku punya pemikiran macam dikelirukan. tatau oleh siapa. tapi mungkin budaya sekililng itu sendiri. benda yang halal macam jadi haram sebab kurang orang buat. benda yang haram pula macam halal sebab ramai yang buat. sebab tu aku rasa hati aku tak bersih. susah nak belajar. otak fikir bukan bukan . teruk!

...............

aku berazam kalau aku tak balik malaysia aku nak pergi belajar tasawuf dengan tok sheikh mana2. aku dengar cita ilmu tasawuf ni mantap. salahuddin alayubi pun belajar tasawuf. aku nak jadi cam baginda.

tasawuf ni ilmu bersihkan hati. zaman sekrang ni, orang duk nak belajar agama tapi hati tak bersih. imam ghazali utamkan kebersihan hati dalam menuntut ilmu. ilmu tu cahaya. kalau hati aku hitam, dah tentu cahaya taknak masuk.

LOL, patut lah aku belajar tak masuk.
aku nak berubah jadi lebih baik lepas ni.
tinggalkan yang haram. amik yang halal.
insyaAllah.
aku bukan nak bajet baik nak cakap pasal agama. cuma agama tu cara hidup. bapak penipu kalau aku tak dapat kaitkan hidup aku dengan agama.
menipu dosa, mati seksa, masuk neraka, padan muka!

sekian.

2 comments:

Anonymous said...

ape beza ilmu tasawuf ngan ilmu kalam..

yg berdasarkn logik 2 ilmu kalam kn?

kurang ngerti...
harap saudara bisa bantu...

Jordanian said...

Ilmu itu cahaya(hidayah), dan hidayah Allah tidak bercampur dgn maksiat-Imam As-Syafie-

All the best najib