Sunday, April 25, 2010

Chapter 36: susah jugak kalau setiap masa nak cakap pasal kahwin.

Assalamualaikum,
Dah lama sebenarnya aku tunggu untuk buat chapter baru. maklumlah, tadi baru sahaja tamat exam. exam wellness dan lifestyle. harap harap semua bikhoir aja la.insyaAllah.

tapi esok barangkali aku ada exam markas huda. exam untuk tajwid semua. moga moga dipostpone next week harap harap. lagipun aku ada training bola. wakil Amman la kononya. haha.


......

Dewasa ini, aku seringkali mendengar, terdengar,didengarkan, dan segala jenis dengar la tentang ' kahwin'.

wah memang rancak gila kalau soal kahwin. tak kisah la sesiapa pun. senior ke. junior ke. member sesame2 ke. semua muka senyum cakap soal kahwin. biasa la der, kahwin kot. siapa tak nak?

tapi kadang kadang aku naik bosan juga asik cakap soal kahwin ja. okay fine. aku tak lari daripada terlibat dalam perbincangan soal kahwin ni.

tapi tetiba aku terasa nak ubah persepsi tentang kahwin. boleh kan?

..........

aku ada terbaca dalam blog senior aku yang dah kahwin. dia cakap. kahwin ni tak semudah ABC. memang la. tapi kebelakangan ni, orang buat kahwin ni macam soal abc je. antara nak dengan tanak.

aku dekat sini bukan nak kata tak payah kahwin. kepala la aku lawan cakap Allah. Allah suruh kahwin aku plak suka ati mak bapak aku ja kata takyah kahwin dekat orang lain.

Bukan bukan bukan!

Persoalannya, perluke dipeningkan kepala dengan hal kahwin walhal umur aku baru aja 19 tahun?
tak kisah la 19 ke 20 ke 21 ke. tapi yang penting aku 19.

sebelum pape, aku nak cakp la. aku hanya manusia biasa yang ingin juga mendirikan rumah tangga. tapi bukan sekarang. maro jai. insyaAllah.

Persepsi yang aku ingin lontarkan ialah, kenapa perlu aku peningkan kepala tentang kahwin walhal umur aku baru 19?

Wokeyh, memang betul kahwin dapat cegah daripada zina n etc. kahwin ialah alternatif terbaik! aku setuju.

Cumanya aku pelik sesetngah orang, tak orang la. okla aku stret to the point. sestngh member aku macam tengah pening soal kahwin. aku tergelak aja bila dia cite cita pasal kahwin.

aku pernah alami perasaan tu sebelum papepon.

cumanya aku tetiba terasa macam terbuka sedikt skop pemikiran aku tentang hal kahwin ni.
nak nak umur sedang meningkat (kononnyala)

.................

seronok kan bila kahwin? ada orang sebelah kita sentiasa. caring pasal kita. dapatkan luang masa bersama. boleh buat kita suka ati kita ja dekat dia. sebab dia milik kita.

memang seronok kalau nak gambarkan perkahwinan tu sendiri. Semuanya indah belaka. ( ceh gaya macam dah kahwin ja aku.haha)

tapi hakikatnya aku terfikir tentang camne lah kalau berlakunya seperti yang tidak dijangka.

haa, malas la aku nak cerita. tak boleh nak elak bai. kita kadang kadang fikir benda indah ja. benda opposite taknak fikir plak. tapi bila dah kena baru mengeluh der.

aku malas nak tengok jejauh. tengok parents aku sudah. family aku bukan broken family so far alhamdulillah. tapi tipula kita tak pernah tengok parents kita berselish faham sikit.

der, salah cakap masa marah bini. boleh jadi lain ceritera der. panjang cerita der.

takut aku bai. serius.

............

chapter aku ni bukan nak larang orang kahwin awal.

aku suka orang kahwin awal. memang bagus. memang dapat elak zina n etc.

cumanya, cuba tanya diri memasing. baik lelaki atau perempuan. kita dah cukup matang ke untuk semua benda ni. cukup kuat ke untuk semua benda ni. sekarang dalam kepala kita semua indah indah pasal kahwin. sebab kita tak kahwin lagi. kebanyakannya orang fikir 'indah' lain.
takyah tipu la der!

nak kahwin, kahwin la. bagus bagus bagus! aku sokong dari belakang 100%.

tapi tu la der, kalau nak kahwin sangat, bawak bawak kan la gaya seorang yang layak untuk kahwin. bukan apa, bila kahwin semua benda berubah. pecaya la der. gua tak tipu der!

bukan senang bai nak handle bini. mahupun suami. bukan seperti handle hamster di rumah. malahan beribu lebih susah daripada itu.

..................

kalau nak kahwin, better pergi kahwin.

tapi NAK tu pun kena check betul betul la. NAK yang jenis apa. NAK yang untuk apa. bukan NAK suka suka.

gua cakap serius der. kalau tak bahaya der.

................

gua bukan tak suka baca post post pasal cinta dekat belog orang tapi nasihat gua. kurang kurangkan lah. tak bawak ke mana pun kalau tang tu juga ulang banyak kali. tak lain tak bukan nak tujukan untuk si dia.

macam la aku tak pernah buat. LOL.

make it short, kalau rasa nak kahwin sangat, pergi ready ready kan diri, pastu g la lamar si dia ke apa. kena rejek ke apa aku tanak tanggung. cuma nasihat aku, nak ready tu ready la betul betul. bukan macam ready nak pergi exm spm. lain der!

dah kahwin, settle. takda nak post jiwang jiwang lagi. lu boleh cerita pasal kehidupan lu ke. pasl kebesran Dia ke. or wutsoeva.

seriusly kadang kadang gua naik nyampah gak semua post nak jiwang jiwang. walaupun berbentuk islamik. tapi serius gua rasa macam kurang seronok sikit.

nasihat gua lagi sekali, kalau rasa nak kahwin sangat, ready ready kan diri, pastu g lamar si dia.
tak kisah la laki ke pompuan.

soalnya, ribuan post blog mahpun status YM mahupun status FB mu tentang cinta takda gunanya. sekadar jadi semakin jiwang ada la.

kalau suka cakap suka, nak bercinta sangat pergi kahwin tak perlu post pelik pelik tentang cinta.

cinta tu indah jangan la buat dia jadi serabut.

................

aku buat chapter ni sekadar bagi peringatan dekat diri sendiri. aku lalui perasaan nak kahwin tu. sebab tu aku cakap. kalau tak, aku tak post.

SERIUS DER!

tapi aku tekad nak berubah. sia sia ja kalau aku fikir banyak pasal cinta tapi aku tak kahwin.
nak bercinta sangat baik aku kahwin. tapi makbapak aku plak tak kasi kahwin sekarang.

so aku steady ja la. ikutkan kata kata merka. mungkin ada hikmahnya. memandangkan InsyaAllah aku boleh tahan.

tapi tu la, kalau aku post bebanyak pasal cinta pun bukannya aku dapat kahwin skrng pun. baik aku post pasal benda lain. takpun study OC ke apa. huhu

jangan marah kalau siapa yang tak puas hati. aku hanya luah apa yang aku rasa. anggap lah ni sebagai buah fikiran dari seorang insan yang lemah juga memiliki kelemahan seperti manusia biasa yang lain.

...........

aku actually tengah agak macam kecewa sikit ni. orang yang aku suka bertahun bertahun lamanya tu.dengar dengar cerita nak bertunang dah. dengan mamat mana aku tak sure.

sabar ja la. memang hebat betul dugaan Ilahi ni.

T_T

Sekian.

2 comments:

tepianmuara said...

"aku actually tengah agak macam kecewa sikit ni. "

what an understatement.
haha.

referee bias said...

tak nak baca post jiwang jom lepak blog aku..ha4