Friday, June 11, 2010

Chapter -1: zaman zaman hambar dekat sekolah rendah.

Assalamualaikum,

aku dahulu sekola dekat satu sekolah baru yang terletak dekat seksyen 9. aku merupakan batch pertama yang start daripada darjah satu lagi. kire aku punya batch ni pioneer la boleh kata.

darjah satu aku kelas 1 delima. darjah dua, 2 delima. darjah tiga, 3 zamrud. darjah empat, 4 mutiara, darjah lima, 5 mutiara. darjah enam, 6 nilam.

alhamdulillah aku ingat lagi kelas kelas aku tu. aku pelik dengan orang yang sebaya aku tapi tak ingat dengan kelas sekolah rendah mereka. padahal dorang kelas first lagi tu. aku ni yang tak pernah masuk kelas pertama langsung! masa skolah rndah. boleh ingat lagi. walaupun aku antara orang yang tak penting dekat skolah.

mungkin orang lain banyak lagi benda nak ingat kot. aku ni ja takda kerja yang ingat pasal benda2 sekolah ni.

....................

seingat aku, macam orang lain selalu cakap. masa zaman sekolah rndah. zaman kenooban yang tak dapat dinafikan. aku setuju. aku memang serius noob. kalau tanya satu sekolah nama aku. aku rasa takda orang kenal kot.

tapi dalam waktu yang sama. Aku mampu kenal kawan2 aku yang lain. siap hafal lagi nama masing masing. walaupun diaorang mcam kenal tak kenal diri aku. bukan nak kerek. tapi itu lah kelebihan yang Dia bagi dekat aku masa tu walaupun diri ni tak seberapa.

darjah 1 aku sangat manja. asik asik nak ponteng. bila pergi kelas. takut. terpaksa kena teman mak aku. padahal mak aku kerja masa tu.nasib baik kakak yang tercinta ada. masa tu dia darjah tiga. setiap kali rehat. dia lah yang lawat aku dekat kelas. siap belikan burger sekali tu. serius aku terharu bila ingatkan balik.

darjah 2 dah mula berdikari sedikit. macam dah otai sedikit dah. tak otai mana pun.masih noob lagi. cuma better dari darjah satu. khidmat kakak tu macam tak diperlukan sangat. masa darjah 2, cikgu marah tulisan aku buruk. dalam waktu yang sama. aku masih menyimpan perasaan aku dekat seorang budak perempuan yang same kelas dengan aku masa darjah satu. tapi darjah 2 dia masuk kelas first. aku maintain kelas ke 2. masa ni stok2 bawak bekal dalm beg sekolah tapi aku tak makan pun. beli dekat kantin ja. last last berkulat bekal dalam beg. aku hanya makan apabila mak aku bekalkan ayamas yang boleh goreng sndiri tu. ingat lagi aku makan. sumpah sedap. gila rindu aku nasi lemak kantin sekolah rndah.

darjah 3 pula zaman aku jatuh. dari kelas kedua masuk kelas ke 4. main main punya psal. seingat aku, aku tak pernah study pun. homework pun tak buat. tau tau nak exam ja. baca2 gitu ja. aku tak genius pun. tapi seingat aku. macam hebat pulak aku masa tu. entah papa je. last last dapat result teruk. padan muka.


darjah 4 ni pula macam lebih kurang darjah 3. zaman hambar juga. antara dua tahun ni. aku ada simpan perasaan dekat seorang budak perempuan nama dia aisyah. aku ingat lagi. serius aku minat dia. tak tahu kenapa. tapi tak berani cakap dengan perempuan pun. jels tengok budak budak laki lain yang berani cakap dengan perempuan.


masa darjah 5, aku mula dah bijak sikit dah. dah pandai buka buku. sebab ada seorang cikgu ganti tu baik gila dengan aku. dia macam pemangkin semangat aku. cikgu permpuan. cikgu zurina kot tak silap aku nama dia. tapi bila dia tukar ja. khidmat dia tamat sebgai guru ganti. aku dah start down dah. sdeh gila. ingat lagi. satu malam aku tak tidur mengenangkan pemergian dia. aku rasa sekarang dia dah kahwin dan beranak pinak mungkin. dan tahun ni juga aku baru belajar naik pentas untuk amik hadiah masa akhir tahun. kalau tak, tak pernah langsung!


darjah 6 aku dapat kelas 2nd. sangat lah suka nya hati. dalam waktu yang sama tak dapat kelas first rasa sedih sangat. pemikiran aku masa tu. budak kelas first berlagak2. lepas tu budak kelas first pulak cun cun belaka. masa tu la pemikiran budak kecik. tapi memang betul pun. kelas akupun boleh tahan juga. macam2 jenis manusia ada. semua stok2 yang femes ada dekat kelas aku masa tu. aku ingat lagi. kalau nak aku sebut nama seorang seorang aku rasa insyaAllah aku ingat lagi. cuma ada beberapa fakta tentang kelasmate aku masa tu. dalam kelas aku masa tu. aku ada member pasangan kembar. lelaki. nama dia razin dan dani. slah seorang dah meninggal dah sebab kanser usus beberapa tahun yang lepas. serius aku sedih. aku agak rapat dengan kembar dengan tu. dan ada sorang bdak pmpuan kelas aku, dia dah kahwin dah. baru tahun lepas dia kahwin. serius aku terkejut. ye la sebab masa skolah perangai dia macam terkejal ja. lastlast kahwin awal. dia bukan TERPAKSA kahwin. tapi memang dia nak kahwin. dia sekarang antara perempuan yang aku respek la!

..................

Aku dapat result upsr 4A 1B. serius sedih gila masa tu. aku B science. padahal masa tu. Sains antara subjek yang aku agak mantap la. tapi memandangkan aku tak suka cikgu sains aku masa tu. sebab aku selalu tak buat kerja rumah dia. dan dia juga selalu marah2. last last aku dapt B dalam sains.

mulai daripada hari itu, pengjaran hebat bagi aku ialah keberkatan seorang guru tu sangat lah penting. aku mula belajar untuk tidak benci guru walau apa pun kekurangan pada diri dia. sepelik mana guru tu. aku cuba tetapkan diri aku untuk sayang guru tu.

aku tak tipu. aku serius. 4A 1B itu merupakan satu tamparan hebat dalam hidup aku. member2 aku lain yang lepak2 ja. dapat 5 A. sumpah aku sedeh gila masa tu. pastu kecoh2la nak masuk asrama.

mak aku nak sangat aku masuk SBP. tapi result aku 4a 1b. b sains pulak tu. nak masuk mrsm lagila tak layak.

redha ja la. tu la. masa dulu. bapak aku selalu rotan aku sebab tak bace buku. dan aku selalu bohong aku belajar. padahal aku tiru jawpn belakang. dan isi balik ruang kosong dalam buku2 latihan yang bapak aku beli tu. pikir pikir balik serius keji pe'el aku masa tu.


tapi itu semua cerita lama yang aku tak patut lupa kan. aku tulis dekat sini supaya aku tak lupa. aku tahu satu hari nanti aku akan lupa juga cerita cerita ni. harap harap. blog ni dapat kekal untuk tatapan anak anak aku masa akan datang.

"ouh, daddy dulu nakal juga ye"

DADDY? erk?

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

aishah
zurina
daddy

ok. itu je nama saya hafal.

Aika said...

"redha ja la. tu la. masa dulu. bapak aku selalu rotan aku sebab tak bace buku. dan aku selalu bohong aku belajar. padahal aku tiru jawpn belakang. dan isi balik ruang kosong dalam buku2 latihan yang bapak aku beli tu. pikir pikir balik serius keji pe'el aku masa tu."

SAMALAH WEEEHHHH XD

wala' said...

gua nak muntah dalam blog lu boleh tak??

Anonymous said...

pe ke hal plk ni!!hish!!
stailo gak la ceket2,,
hehe!!