Wednesday, June 9, 2010

Chapter 56: kenapa benci Mahathir?

Assalamualaikum,

aku masih ada baki 3 kertas imtihan untuk ditemui. seronok. tak sabar. takut. semua becampur baur perasaan tu. bila lah nak habis final exm untuk semester ini?

.....................

percaya atau tidak, aku pernah berangan untuk menjadi seorang Perdana Menteri. bukan sebab menjadi PM itu femes. ataupun, menjadi PM itu sebab aku ni gila kuasa.

oh tidak tidak.

aku pernah berangan nak jadi PM sebab aku bila aku baca cerita Dr Mahathir. bila aku tengok dia punya background. baca komik dia. dan macam macam lagi. tiba tiba aku rasa macam seronok pulak jadi perdana menteri ni.

aku tahu bunyi dia macam kelakar. jadi Perdana menteri ni angan angan budak kecik aja selalunya. tapi aku ni bukan budak kecik. aku dah besar. dah boleh kahwin dah pun.

tapi bila tengok media, suasana dekat malaysia sekarang. aku jadi semakin takut. aku semakin hari semakin lupa kan niat kan aku yang macam karut tu. serius malaysia macam kelam kabut sekarang.

tambahan pula, nak menjadi seorang perdana menteri, kena mencampakkan diri dalam dunia politik dulu. orang kata politik tu suci.memang betul pun. tapi dewasa ini, kekotoran hati manusia yang gila kuasa buat politik tu jadi sampah. semata mata nak kaya.

sumpah aku kagum dengan pemimpin2 zmn kegemilngan umat islam dulu. semua hidup sederhana ja. walaupun ada duit. rumah kecik mana ja. macam nak nanges pun ada bila dengar2 balik cerita. belum lagi dengar cerita Rasulullah.

okay, fine itu mungkin cerita dulu. tapi tak semua yang dulu itu kuno dan lapuk sampai sekarang tak boleh guna.

aku tak faham kenapa ahli politik KEBANYAKANNYA kaya raya?

makcik aku ahli politik. takpayah bunyik.

....................

masa kecik dulu, aku ingat lagi zaman reformasi dulu masa zaman anwar ibrahim kena masuk jail. masa tu umur aku tadika ke darjah satu camtu.

serius aku tak faham pape pun. tatau anwar dikatakan kantoi liwat. padahal masa tu liwat pun tatau apa.

dalam waktu yang sama, orang duduk kutuk mahathir. aku hanya pasang telinga ja. macam macam cerita aku dengar walaupun masa tu kecik lagi ni. masa kecik2 ni, bab2 mengutuk aku cepat tangkap juga.

tolak tepi cerita anwar ibrahim, tolak dalam cerita dr mahathir.

...............

banyak banyak orang, aku rasa. dalam pemimpin2 moden tanah melayu ni. aku kagum betul dengan mahathir ni.

dia serius lain daripada yang lain.

pembaharuan yang dia bawak tu sumpah terkesan dekat diri aku. sebab dia ubah malaysia macam sekelip mata ja.

sumbangan apa tu. toksah cakap la. sendiri boleh tengok.


aku faham sestengah orang tak suka dr M. sebab katanya mahathir ni perosak islam dan etc la.

itu serius aku tak sure. aku tak selidik lagi hal hal tu. namun, walau apapun. aku tetap kagum dengan effort dia. 23 tahun tu pegang negara. bentuk negara.

standard manusia lah, bila kita buat benda baik. dia tak pandang. bila kita terbuat benda yang buruk.. yang part buruk tu la kita jadikan point. tak kisah la dekat siapa siapa pun.

..................

aku bukan nak berpolitik. cuma, tu la. orang selalu cakap senang. maki2 pemimpin tu. maki2 pemimpin ni.gaya macam dia ja yang power.

aku tahu mahathir tu ada kurang nya. tapi tak salahkan kalau aku jadikan dia sebagai idola aku.

dan cukup2 la nak kutuk2 orang mcam dia tu. kalau kutuk pun tak guna. dia dah berhenti dah jadi PM.

apa silap dan salah dia tu. itu biar dia settle Dia. aku tak berani nak cakap.

kadang2 tu, mulut orang kita tak boleh percaya bulat2. nak cerita khabar angin. cepat betul berputar belit.

...................

susah kan jadi pemimpin kalau hidup dilimpahi kekayaan wang ringgit dan segala2 nya.

aku tak bole cakap lebih lebih. sebab aku 'budak' lagi.

cuma aku nak cakap ja yang aku kagum dengan Mahathir.


aku suka Mahathir tak bermakna aku tak suka Nik Aziz.

jangan salah concept.

sekian.


4 comments:

Anonymous said...

wa punya blog da delete. takyah la letak link. wat semak kat blog lu je. sapa la wa.

Anonymous said...

saya berangan nak jadi isteri perdana menteri.

politik dalam islam memang bersih.

owner said...

anonymouw, ekau bajet apa nak low profile2. :P

anonymous, ouh. semoga cita2 mnjdi kenyataan!

the remedy said...

ak pun kagum gak ngan beliau. even environtment sekitar ak mnolak beliau. tabah gler ak kagum sorg2. haha.