Saturday, June 12, 2010

Chapter 58: Merancang kehidupan sebelum tiba di gerbang perkahwinan.

Assalamualaikum,

sekarang aku tak tahu apa masalah aku. suka sangat layan lagu dendangan Dakmie iaitu lagu Yang Terindah. bila dengar lagu tu ja. aku dah start berangan dah. serius layan.

bukan berangan apa. aku terbayang memiliki sebuah keluarga bahagia. aku tahu kau menyampah melihat betapa optimistiknya diri aku. tapi aku tak nak nafikan. naluri untuk membina masjid tu tetap ada walaupun umur belum seberapa cukup.

.....................

dulu aku pernah membebel. orang asyik cakap pasal cinta cinta dalam blog dia. macam dah tak sabar sangat nak kahwin dan. tapi sekarang aku bukan nak cakap pasal cinta. aku nak cakap pasal perancangan.

orang tengah sibuk persediaan tentang peperiksaaan. aku boleh pula senang lenang untuk buat post baru. maklumlah, tengah ada feel. kalau tak da feel, aku rasa lagi merepek.alang alang ada feel tu. baik aku kongsi apa yang patut.

aku bukan gatal. belum gatal lagi. cuma aku ingin melihat secara kehadapan dalam masa depan.

.................

hari itu, aku main bola dekat padang jamiah yarmouk. dengan beberapa kawan sebatch. termasuk seorang senior. dan seorang pakcik arab yang bersama dua orang anak kecil nya.

senior tu seorang student dentist tapi sudah tahun empat. kami yang lain semua sanafir sahaja. masa mula2. aku duk usha ja senior aku tu borak dengan pakcik tu. aku fikir dalam kepala hotak aku. apa spesel sangat pakcik ni sampai senior aku duk layan borak dengan dia. kalau borak dalam english tak mengapa, ini cakap dalam bahasa arab pulak tu. buat aku jeles ja.

aku mimpi itu ialah aku pada 3 tahun akan datang. iA.

lepas tu, perlawanan pun bermula. kepala otak aku masih tertanya tanya siapakah gerangan pakcik yang bermain dengan kami itu. jadi aku dengan muka slumber nya tanya senior aku siapa pakcik tu.


senior aku cakap. dia tu profesor dekat JUST. dia nanti ajar aku semua. dia actually seorang surgeon untuk dentst.

serius aku terkedu. seorang surgeon bermain bola dengan aku. bersama sama anak anak nya. dengan muka tak stress nya. relax ja pun. padahal aku rasa hari tu hari pekerjaan. masa tu petang.

aku sudah garu kepala. kerja dentist ni memang ada masa lapang ke?

...............

lepas tamat game, aku borak borak dengan dr tu. mula try cakap bahasa arab. tapi asik duk tersekat sekat. dia pun cakap bahasa ingggeris. aku dan kawan kawan lain tersangat lah lega.

aku tanya pendapat. aku patut pakai braces ke tak. dia kata. dia rasa patut pakai. lepas tu dia bagi no dia dekat aku untuk rujukan masa akan datang.

aku tanya dia belajar dekat mana. dia kata dia belajar dekat JUST dulu. lepas tu amik specialist dekat UK.

pergh, serius dia jadi idola aku. dengan macam tu. aku terus macam terawang awang. plan aku sama dengan kehidupan dia. lepas Jordan, UK.

tapi sebelum pergi UK. aku ada satu lagi big plan.

...................

semakin hari, semakin tua. kalau lelaki tua, tak da masalah. kalau perempuan tua, tapi tak kahwin kahwin memang masalah. masalah besar.

aku rancang untuk kahwin pada umur 25 tahun. aku tahu aku tak sepatutnya cerita dekat sini. tapi suka hati aku la nak cerita pun. kalau kau tak suka. tekan 'x'. aku hanya nak berkongsi perancangan ja. kot kot. sama perancangan ke?

masa tu kakak aku dah umur 27. abang aku dah umur 29. iA sure diorang dah kahwin. aku tak boleh kahwin selagi dorang tak kahwin. jatuh standard la brader. demi jaga reputasi masing masing. aku terpaksa menangguh kan niat.

25 paling awal lah. paling lambat tak kisah. lelaki so far. okay ja kahwin lambat. lagi lambat. lagi hangat. orang kata la. aku tak kata.



aku tak da calon sekarang. adamaya mempengaruhi aku untuk membiarkan ibu bapa untuk membuat pilihan. ouh. serius aku sudah serba sedikit terpengaruh. aku terasa pilihan ibu bapa tu yang terbaik. tak mo cakap lebeh. tengok masa depan nanti.


aku bukan gatal untuk membina rumah tangga. cuma aku terfikir. tak salah kalau fikir sekarang. sekurang kurang nya aku dah set target hidup aku. harap harap aku tak tergopoh gopoh mengejar cinta terlarang.

...............

semakin hari, semakin ramai kawan aku dah ada girfriend mahupun boyfriend.

jeles? tak jeles pun. tapi tipulah kalau tak ada bisikan yang suruh aku jadi jeles. tapi so far, bisikan tu undercontrol.

teringat lagi zaman zaman melaungkan 'anti-couple' dekat sekolah dulu. laungan dilaungkan bukan untuk tunjuk diri sendiri baik.tapi demi cuba untuk menolong agama Allah sekadar yang mampu.

sekarang aku dekat dunia luar. takda junior. takda cikgu cikgu. takda rakan sebatch dekat skolah dulu.

secara logik akal nya, aku boleh ja nak terjebak dengan benda benda ni.

tapi kalau betul lah aku buat dulu untuk agama Allah. kenapa harus aku jebakkan diri aku dekat benda benda camni sebab tiadanya junior,guru,kawan2 sebatch disekolah dahulu?

tak berani cakap lebih. cuma berani minta doa. dipelihara daripada dosa cinta.dipercepat jodoh yang mulia.

.....................

hidup tenteram kalau tak fikir pasal cinta. memang tenteram. sebab tu aku rasa aku nak suruh mak aku pilihkan. mak aku macm high taste ja orang nya.

mak aku cakap. mak aku tak suka perempuan yang guna 'kau aku' dalam perbualan dengan lelaki.

dalam hati aku, kalau macam tu. ramai kawan perempuan aku tak dapat masuk pencalonan.

...........

sebenarnya aku ada exam wellness pukul 1.15 ni. material dalam buku tak cover lagi. nak guna perkataan material untuk welness. bajet medic ke apa. huhu.

serius aku tak cover lagi. aku asik baca soalan yang akhawat catat ja. teruk teruk. nanti takut gagap jawap soalan.

lepas wellness, exam food preservation. akhir sekali organic chemistry.

bitaufiq brader.

sekian.

5 comments:

Anonymous said...

tapi kalau ckp awk sy dgn laki nanti orang cakap gedik pulak.

owner said...

dia jadi tak geli bila nada dikenakan dengan nada yang sepatutnya,

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

sbnarnya persediaan nk ke alam perkahwinan tu kena start dari skrg. ye la, mgkin kita rasa alaa lambat lg nk kahwin tkyah la fikir.

salah tuu~

persiapan diri kita kena mula sejak remaja.. lengkapkan diri dgn ilmu agama. bila dh kahwin baru nk merangkak mengaji, cukupkan solat, agak payahla en bg lelaki.

huhu.

insyaAllah, pilihan emak ayah tu yg terbaik. tawakal bnyak2 ek.

ppuan yg baik utk lelaki yg baik, wallahua'lam. :)

Anonymous said...

huh. adamaya lagi. benci la.


selamat lah ye.

oh. sikit pun tak salah kalau merancang sambil buat persiapan awal.

tak suka la komen ada word verification

referee bias said...

to anom>komen la kat pastamelayu.blogspot.com..
keh3