Tuesday, June 15, 2010

Chapter 61: Mimpi unik dalam minggu peperiksaan akhir.

Assalamualaikum,

malam ni aku tertidur awal selepas maghrib. aku bukak buku OC nak baca bab carboxylic acid. tak sampai beberapa muka surat aku sudah terlena dekat atas tilam.

tak dala terlena. aku yang nak tidur lagi pun. sebab rasa badan macam penat.

lagipun siang tadi aku pergi teman hausmet aku pergi balad. Dia nak pergi UK cuti ni. nak cari beg dengan kasut untuk digayakan di UK.

aku jumpa kasut onistuka hitam. dari Vietnam. serius macam baru. aku yakin ori. aku dah semangat nak angkat. tapi saiz kecik. sumpah kecewa aku seharian hari ini.

................

sambung balik cerita. masa aku tidur lepas maghrib tadi. dalam 1 2 jam. aku ada mimpi pelik.

selalunya aku susah nak cerita kan mimpi aku. yer la. mana tak nya. kalau sekali mimpi. ada macam macam cerita. 3 in 1 punya mimpi. aku pun tak ingat. tapi malam ni mimpi memang tak gabung gabung la.

aku ingat sikit sikit ja.

aku mimpi, aku dengan kawan aku nak pergi keluar dari satu tempat tu. tempat tu macam asrama. tapi dia ada iras iras sikit dekat jamiah aku. namun bila keluar je asrama tu. keadaan jadi macam dekat malaysia terus. kawasan kampung.

aku tak ingat aku dan kawan aku nak pergi mana masa tu.tapi macam nak pergi satu tempat la. keluar daripada asrama tu.

masa tengah keluar ni waktu malam. tempat yang kami lalu tu dikatakan berhantu. macam macam hantu la. tak silap. aku ada lalu kawasan kubur.

angin begitu kuat sekali. kencang. aku dengan member aku tu. aku tak pasti posisi macm mana kami berjalan. dia dekat depan ke aku dkat depan. aku tak ingat.

aku rasa aku steady ja. aku tatau kenapa aku macam tak takut langsung. bulu roma pun tak meremang. member aku tu pula yang macam kelam kabut masa tu. aku tetiba cool pulak.

tiba tiba. sampai satu tempat tu. angin jadi kuat sangat. aku dan kawan aku tak dapat jalan dah ke hadapan. yang kami dapat buat. jalan patah balik. lepas tu tiba tiba macam muncul sesuatu yang buat kami pecut habis habisan balik ke asrama.

aku dan kawan aku lari. serius laju. rasa macam naik basikal. tapi ni lari punya.

bila masuk asrama, keadaan macam dekat jamiah. jalanraya dalam asrama tu macam dekat jamiah. dekat bahagian handasiah menuju ke tibbiah.

bila masuk jalan raya situ ja. aku dengan kawan aku terus pecut. tiba tiba bila kami nak pecut lagi laju. muncul beberapa budak perempuan yang macam dalam keadaan yang sama dengan kami.

aku tak tahu tiba tibaja aku macam semangat nak jadi muraqib. aku cakap dekat kawan aku tu. biar budak budak perempuan tu lari antara kitoang. aku lari dekat depan. member aku lari dekat bahagian belakang. budak budak perempuan tu lari dekat bahagian tengah. aku harap kau faham macam mana posisi ketika itu.

jadi, kami pun terus pecut ke arah tibbiah. tapi arah je la. bukan tibbiah pun. ye la. kan aku kata. asrama dalam mimpi aku tu macam dekat jamiah.

pecut punya pecut. aku pun tersedar dari mimpi.

aku sedar sedar. aku belum solat isya' lagi.

aku pelik,rungsing dan bingung. apa signifikannya mimpi aku tadi?

serius aku pelik. aku tahu kau pun pelik dengar mimpi aku. tapi itu la jalan cerita dia. nak buat macam mana. aku tak mintak pun mimpi macam ni yang muncul.

harap harap petanda yang baik.

.............

aku bangun dari tidur. aku solat isya'. sambung belajar OC. buka laptop. lepas tu terus buka dashboard nak buat new post semata mata mimpi aku yang unik ni.

lepas ni aku nak main PES. aku dah kembali kepada tabiat aku dekat PES ni. aku dah lama tak lawan kawan kawan aku yang stok stok legend Irbid ni.

sekali sekala nak juga beradu kehebatan.

guna West Ham kalahkan Manchester United bukan sesuatu yang mustahil dalam PES.

sekian.



5 comments:

referee bias said...

sedih gila mimpi ni...
kehkehkeh
mimpi muraqib sambil lari tak le blah..

Unknown said...

memang protective la ko ni.

=]

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

bakal pemimpin, mungkin? ameen, insyaAllah!

:)

owner said...

wala', bukan senang nak jumpa scene macam tu dekat Irbid.

Hazen, terima kasih!

nhmnrh, wallahu'alam

Anonymous said...

saya jadi mengah baca mimpi tu sebab banyak kisah lari2.

kadang2 mimpi ni sub-conscious mind kita tentang apa yang kita harapkan akan jadi atau rasa akan terjadi. betul!