Sunday, June 20, 2010

Chapter 68: Fakta tentang perempuan dari aku.

Assalamualaikum,

Sekarang umur aku dah sembilan belas tahun beberapa bulan entah. aku sekarang sudah belajar dekat luar negara mengambil satu bidang yang tidak pernah aku fikir aku akan ambil satu hari nanti. Di samping berada disisi kawan kawan yang begitu caring sekali.

serius aku tak tipu.

.............

masa kecil dahulu aku pernah merungut sebab susah sangat nak buat kawan perempuan. aku jeles tengok kawan kawan aku yang hot hot ada banyak kawan perempuan.

aku nak tegur kawan perempuan pun takut sebab tak reti. dan aku juga pernah membenci perempuan sebab betapa mengadanya perangai perempuan itu sendiri yang tergedik gedik kadangkala masa sekolah rendah dahulu.

aku pernah baling buku dekat perempuan. tapi aku tak pernah lempang perempuan. tumbuk tak pernah sebab aku budak nerd masa dulu.

dekat sekolah agama dulu, aku buli seorang budak perempuan yang begitu kecil. aku masa itu tinggi. aku selalu amik barang dia. kemudian aku angkat tangan aku. dan dia tergapai gapai nak ambil barang dia tu. dalam waktu yang sama, aku sebenarnya nak mencuri perhatian kawan kawan lelaki lain dengan membuli budak perempuaan kecil ini. kawan kawan aku semua ketawa berdekah dekah masa itu. aku ingat lagi.

lagi satu masa dekat sekolah agama, budak lelaki stanrdard la suka main bola dalam kelas waktu rehat. nak kata apa. padang sikit bukan main jauh lagi. cukup la belakang kelas tu dijadikan gelangang perlawanan. kalau aku tak bwak bola tennis, kami guna tin.

masa tu aku mula membentuk skill aku masa main bola.

tapi lepas rehat ja ustzah masuk. ustazah rampas bola kami. kami serius geram. ini pasti gerangan budak permpuan yang tak puas hati.

serius masa tu aku dah mula belajar nak kutuk perempuan macam mana.

..........................

Masa sekolah menengah, aku dah mula baik dengan perempuan.

sekolah menengah aku banyak tapi yang aku mula belajar untuk berbaik dengan perempuan ialah masa sekolah dekat melaka.

secara jujur, dalam waktu yang sama juga aku baru tahu perempuan itu perlu dihormat. bukan untuk dikutuk. dipermainkan sesuka hati ja sebab dorang perempuan.

aku ingat lagi. masa mula mula masuk sekolah. aku macam memberi layanan baik dekat perempuan. lepas tu, budak lelaki lain macam tak puas hati sebab kata aku saja ja nak mencapub.

masa tu aku sangat kecewa apa bila ada orang cakap aku macam tu. padahal, aku baru ja nak kenal perempuan tu macam mana masa tu.tapi sebaliknya pula berlaku.

dalam diam aku memberontak, aku set kan diri aku untuk anti-budak perempuan. tapi bukan benci sampai aku minat lelaki. bukan, tapi masa ni. anti aku tu tahap macam tak suka budak perempuan langsung. khususnya budak batch sendiri. kalau dengan kakak2 tu tak kisah pulak masa tu.

kalau boleh, aku tak nak layan budak perempuan batch aku disebabkan oleh pemulauan yang lalui. masa ni noob. memang bertindak mengikut perasaan.

tapi se anti anti aku dengan perempuan masa tu. takda lah aku baling buku macam masa dekat sekolah rendah dulu. aku dah jadi bijak sikit. aku tak cakap pun dengan budak perempuan sampai beberapa tempoh masa tu.

lagipun, masa tu aku memang tak disukai oleh pelajar lelaki. bila tak disukai, takkan lah aku nak dapat kan simpati dekat pelajar perempuan.

tak ke bodoh macam tu kalau aku buat.

lama lama. bila masyarakat batch sudah boleh terima aku. aku mula kembali untuk berbaik dengan budak perempuan. aku harap takda orang salah faham. bukan berbaik macam duduk, lepak, makan sesama. tapi maksud aku. sudah pandai berurusan dengan perempuan.

sebenarnya, banyak banyak benda. aku paling tak suka ialah berurusan dengan perempuan. bukan sebab dia cun ke tak. cuma kadang kadang aku rasakan pengurusan dengan perempuan itu sesuatu yang terlalu leceh. dengan tergedik gediknya. dengan banyak songeh nya. dengan ni tak boleh. tu tak boleh.

serius aku hampir menyumpah. tapi memandangkan lelaki perlu cool. aku terus cool. dalam keadaan merana dijiwa ketika itu.

dalam waktu yang sama, ketika sekolah menengah, aku banyak belajar cara nak berinteraksi dengan budak perempuan. aku tak setuju dengan manusia yang hanya interaksi dengan perempuan yang dia nak sahaja. atas alasan perempuan tu lagi cun.

macam kau hensem sangat ja nak layan perempuan yang cun sahaja.

masa dekat sekolah menengah juga lah aku baru tahu yang perempuan ini memang suka hidup berkelompok. aku memang pernah bercita cita untuk mengubah budaya ini. tapi aku silap. itu memang perempuan. perempuan memang suka hidup berpuak. bila aku pergi kursus mana mana, aku selalu tanya. macam mana budak perempuan sekolah korang. dorang jawab jawapan yang sama dengan keadaan aku alami masa tu.

aku rasa, sampai sekarang benda tu aku alami dekat luar negara ni.

kenapa eh?

.................

aku pelik dengan perempuan yang suka mempertikaikan hak mereka dalam Islam. padahal kalau nak ikutkan, banyak gila advantages yang dorang ada.

menurut pengalaman, aku dapat rasakan perempuan ni dapat mengubah seorang lelaki secara sekelip mata. takda la sekelip mata. maksud aku, dalam waktu yang singkat.

aku tak tipu. aku pernah alami benda ni. bukan pasal aku nak jiwang.

aku tak malu nak mengaku yang aku berubah sebab perempuan.

perempuan yang pernah yang aku minat dahulu aku rasakan dia sedikit sebanyak mengubah aku secara tak langsung.

dia tak layan aku. tapi setidaklayan dia aku pun. aku terima kasih dekat dia sebab. dalam diam, dia membuat aku untuk berubah jadi yang lebih baik.

aku tak suka perempuan yang suka guna daya tarikan dia untuk pergunakan lelaki.

aku tahu lelaki itu ketua. tapi seketua ketua lelaki tu pun kami ada kelemahan. kelemahan lelaki itu perempuan.

sekeras mana kepala dan hati seseorang lelaki tu pun, dia akan tetap cair dengan perempuan yang dia minat.

percayalah cakap aku.

tapi biar kau cairkan hatinya dekat jalan yang Dia redhai.

cantik tak cantik itu belakang cerita,
kalau hati dah jatuh, macam macam boleh jadi.
itulah kuasa cinta.


sekian.

1 comment:

MIRA UTTIKA said...

part yang budak laki main bola guna tin dekat belakang kelas tu memang aku geram gila.sebab pernah dorang main bola tin dekat belakang tu lepas tu tin tu melambung kena muka aku.panassss ah kan ! pastu aku report ustazah.ustzah rampas.puas ! heeeeee :P

entri yang bagus bro !