Wednesday, June 16, 2010

Chapter 65: Lapangnya masa bila habis periksa.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. hari ini aku serius lega lepas berjaya menamatkan paper terakhir aku untuk semester ini, iaitu Organic Chemistry.

Susah tu benda biasa la dalam peperiksaan. Nak buat macam mana. salah aku juga tak prepare betul betul. apa apa pun. InsyaAllah aku dah buat yang terbaik.

Biar Allah tentu kan lagi yang terbaik.

result exam dah keluar dalam laman web jamiah. so far result cukup mensyukurkan. walaupan tak sehebat semantap mana. tapi aku puas hati. terima kasih Allah.

................

Masa exam tadi aku hampir hampir lupa no seat aku. aku bengang la sesangat sebab tak pernah ingat mana mana no seat untuk setiap maddah yang aku amik. aku tahu sikap ini teruk insyaAllah aku tak akan ulanginya semester depan.

Lebih malang lagi, kertas yang ada nama serta no seat aku dah hilang. sepatutnya ada tertampal dekat pintu south hall. tapi banyak banyak kertas. kertas yang ada nama aku pula hilang. memang unlucky betul.

kalau tak letak no seat. abis kena deduct satu point macam first exam hari. tapi nasib baik la aku cuba teka no seat aku.

last last aku tahu yang no seat aku teka tu betul sebab ada lecturer tu pass kan list nama seat dekat semua pelajar untuk rujukan masing masing.

serius lega.

............

hari ini kawan kawan aku gerak pergi UK. budak hausmate aku seorang terlibat. jiran aku seorang terlibat. jiran seberang bangunan pun terlibat.

dorang pergi amik teksi pergi syria. lepas tu pergi turki naik bus. kemudian pergi UK naik flight dari Turki.

Secara jujurnya, aku terasa juga la dengan pemergian dorang. bukan nak tacing tacing. tapi memang itu lah hakikat yang aku rasai.

walaupun hanya 2 minggu mereka pergi, tapi hakikat yang aku perasan. kalau kita rapat dengan seseorang tu, buat benda baik dan jahat sama2. bila nak berpisah ja, mesti ada perasaan rindu tu akan rasa. aku bukan tacing tacing macam perempuan. tapi aku dah rasa benda ni banyak kali dah. tidak lah sampai air mata meleleh.

harap harap diorang bercuti dengan baik dekat sana.

malam ni ke malam esok pulak, ada member aku yang nak balik malaysia.

serius aku jeles.

abang aku pun dengar cerita nak balik malaysia esok. tinggal aku seorang ja dekat luar malaysia.

takpa takpa. dugaan belajar dekat Jordan.

..............

Masa exam hari tu, rasa tak sabar nak habis exam. tapi bila dah habis exam. aku pula yang rasa boring.

rasa takda papa yang boleh aku buat. melainkan menghabiskan masa depan laptop.

member aku ada cakap. syabab+ masa lapang = maksiat.

aku pantang dengan waktu lapang lapang ni. waktu lapang ni memang lembah maksiat yang terbaik.

moga moga. aku tak jadi pemaksiat dalam diam.

.......................

aku sedih tengok member perempuan aku sorang yang baru habis spm tahun lepas dalam facebook. dia dah bukak tudung dah.

dia seorang budak yang baik. dia pernah cerita masalah keluarga dia dekat aku. simpati betul aku dekat dia. masa tu, keluarga dia macam hampir hampir broken.

tak tahu nak cakap macam mana.

moga moga. Allah bagi hidayah dekat dia balik.

Itu baru dia kena uji. belum aku lagi kena uji macam itu.

tak tahu la apa yang jadi kalau dalam diri ni sentiasa goyah memanjang.

masalah juga kalau rasa diri ni macam dah bebas daripada maksiat. nanti bajet bagus. lepas tu last last tersangkut juga. lagi teruk pulak rsult dia. hishh.

rungsing rungsing.

sekian.

No comments: