Sunday, June 6, 2010

Chapter 53: Perbezaan antara balad dengan exam animal health.

Assalamualaikum,

aku ada exam Animal Health. Pagi pagi lagi aku dah gerak dah. hajatnya nak naik bas, tapi sahabat se-exam kata takut takut bus takda. jadi kami decide untuk naik teksi.

naik ja teksi. masa dekat syari' jamiah. selepas aswa' doy'ah tu. muncul satu koster direct ke JUST.

kepala aku dah ada kekesalan. tapi buat bodoh ja, buatbuat baca buku. walaupun tahu yang 4 JD melayang. nak dibandingkan dengan naik koster direct yang hanya 0.50 Jd

...............

Exam start pukul 8.15 sepatutnya. tapi macam tangguh lewat sedikit. tangguh beberapa minit. macam biasa la. lecturer aku tu sebelum start kelas dia suka bagi talk skit. macam macam topik dia sentuh.

tadi aku dengar dia cakap pasal star academy. nasib baik aku tahu apa star academy tu. mana tak nya. semalam punya malam. aku lepak sorang sorang dekat kedai koktail. lepas tu tengok ada rancangan star academy.

dalam star academy tu, dorang bersuka suka sakan. dalam waktu yang sama. aku macam terfikir. sangat la berbeza dengan suasana dekat gaza tu. star academy tu umpama nak orang lupakan tentang gaza ja. sedih aku bila terkenangkan tentang ia.

okay exam start. 2 jam. tapi aku siap 45 min. bukan aku ja. budak lain pun sama. takdala susah sangat. takdala senang sangat. yang penting aku tahu. aku dah ada yang salah.

member arab sebelah aku mintak nak tiru. macam la jawapan aku tu betul. aku pun bagi tiru ja la memandangkan semalam dia bagi aku tahu waktu exam pukul berapa.

nasib baik tak kantoi dengan lecturer. aku cover punya la baik.

yang malangnya, ada sorang awek arab dengan jejaka arab. kantoi meniru. member aku cakap dorang kena marah. aku tak tahu cerita sebab aku dah keluar dah masa tu.

nak tiru pun. tak payah la tunjuk sangat. kan dah kantoi. hadohay.

................


balik aku naik koster direct. balik syari' jamiah. sampai syari' jamiah, aku amik koster pergi balad.

asyik asyik balad.

aku rasa balad lah tempat terbaik untuk aku lepaskan tension. aku suka pergi sorang sorang. sebab tak terikat dengan masa sesiapa pun.

sampai pukul 1030 camtu. balad tengah macam lengang. seronok juga la.

aku serang tempat bundle ja. aku suka pergi tempat bundle. tak tahu kenapa. padahal dalam bilik berlambak benda2 bundle.

jiwa aku jiwa bundle la mungkin.

aku tak beli pun kdang kadang. sekadar tengok ja. macam satu kepuasan jumpa barang barang branded. kalau tak muat. aku tak beli la. nasib baik tak muat. kalau tak. aku dah beli dah. kurang duit biasiswa aku.

tengah tengah shopping, aku jumpa banyak budak kecik. aku geram betul tengok budak kecik arab ni. rasa nak culik bawak balik malaysia ja. nak ajar cakap bahasa melayu. dah besar konfem2 jadi model. haha.

aku pulang bersama kasut onitsuka tiger Injection. aku tatau pun nama dia injection tapi bila tengok internet baru tahu. kasut yang baru nya dalam RM 300++ aku beli dengan hanya RM35 ja.

aku serius nak buat koleksi onitsuka. mcam ketagih apa entah. ish ish ish.

.................

exam exam lepas ni semua beratur nak jumpa aku. fizik, food preservation, wllness n lfestyle, serta organic chemistry.

dorang macam tak sabar nak jumpa aku dah tu.

dugaan betul duduk bumi arab ni kalau tak reti cakap bahasa arab.

hushh.

sekian.

1 comment:

Akhyar said...

wei,bjet ko sorg exam nk jumpa...
aku pn ad 4 gak,kalo bini bez gak.