Monday, June 14, 2010

Chapter 60: Wakil PBB cakap depan aku.

Assalamualaikum,

Semalam aku pergi majlis yang mendatangkan wakil PBB. Wakil PBB untuk Malaysia. Seorang Lelaki segak yang wajahnya seiras iras orang cina menjadi tetamu jemputan khas pada malam tu.

lokasi dekat solah petra. macam biasala. takkan nak bbuat rumah permai kot.

bajet macam tak ramai orang. tapi last last boleh tahan la juga jumlah yang datang. susah nak suruh orang datang. minggu peperiksaan. tambahan pula, malam tadi ada world cup la.semakin la liat orang nak pergi.

aku saja ja nak pergi. sebab macam takda kerja nak sebuat lepas habis exam food.

bila tenung muka masing masing, tersirat pelbagai hajat yang dipersimpan bagi menghadiri majlis pada malam tadi.

yang datang nya orang VVIP. orang PBB tu. besa la juga. sibuk sibuk pakai baju batik. kami bahagian syabab relax ja pakai selipar. dengan t-shirt yang tak sesmart tshirt ke jamiah.

dalam diam, aku terasa macam segan juga. tapi nak buat macam mana. orang tak inform. orang melayu ni. sikit sikit kena inform. ye la. sekurang kurang nya. tiada alasan lah yang boleh di beri kalau dah bagi pengumuman tu.

VVIP berucap. tapi macam tak dengar. mic problem. atau VVIP jenis yang cakap tak kuat. point dah ada. cuma dengan sound yang tak kuat jadi aku susah nak fokus. aku curik nota organic chemistry kawan aku depan aku untuk dibaca.

aku baca sikit. dia mintak. takpela. aku bagi. sebab dia punya. lepas tu dia baca. sekejap ja.lepas tu buat benda lain. aku pun amik balik la. and then dia minta balik. aku bagi la. tuan punya kan. tup tap ja. dia buat kerja lain lagi. aku senyum dalam hati ja. tanda keboringan yang tinggi sangat tu. tuan empunya jangan marah aku kalau baca ni ya. sekadar memenuhi solot penulisan.

................

aku tetiba rasa macam nak jadi orang yang berguna untuk masyarakat pula. aku tahu bunyik macam pelik. walaupun banyak kali aku dah rasa macam ni. tapi aku asik asik terlupa ja bila dah asik enjoy.

banyak cara nak jadi berguna untuk masyarakat. bukan sekadar nak jadi orang atasan ja. ada lagi cara lain yang lagi senang.

aku ingat dulu member aku selalu cakap. kalau kita senangkan kerja orang, nanti Allah senangkan kerja kita.

cuma Allah tak senangkan kerja kita kalau kita nak senangkan kerja orang sebab semata mata nak dapat nama atau pun pujian.

ya Allah aku berlindung daripada sikap terkeji alam tu.

permudahkanlah urusan kami. ameen.

sekian.


7 comments:

Anonymous said...

tapi anda tak cerita apa wakil PBB tu cakap..

Anonymous said...

sebab saya tak dapat tangkap apa yang dia cakap.

Anonymous said...

anda nak pergi umrah? bila? dengan siapa?

owner said...

insyaAllah akhir bulan ni. dgn kwn2.

-hazen said...

eh, takpa gua tak marah.

serius ni gua tak marah.

tak. gua tak main-main.

-cis betul entry ni.

wala' said...

kalu sekolah dulu cikgu aku akan tulis:
karangan terpesong!
sila salin semula 3oo kali

owner said...

hazen, awak terasa ke?

wala', kejam nya cikgu.