Thursday, June 10, 2010

Chapter 57: Orang arab ni pandai juga buat aku menyirap.

Assalamualaikum,

benda yang paling aku tak berkenan dekat Jordan ni ialah apabila bertemu dengan orang arab yang suka menghanjing orang malaysia. spesifik kata, orang melayu.

serius aku paling menyirap jumpa manusia macam ni. rasa nak penyepak penerajang ja. nasib baik la orang melayu dekat sini bawak image yang baik baik. kalau tak. sekali sekala nak juga aku flying kick.


nasib baik iman yang tinggal dalam dada ni jadi penghadang daripda semua tu berlaku.

................

kalau aku maki panjang panjang pun bukannya orang arab baca pun aku punya blog ni.
tapi tak pa lah. sekurang kurang nya aku ada tempat nak meluah perasaan yang lara ini.

aku tak tahu la sama ada aku ni ja yang perasan ke apa. ya lah. bezanya orang arab dengan orang melayu ni. orang melayu ni cepat benau terasa. orang arab ni lepak ja. tapi tu la advantage masing masing. tak bole cakap lebih.

cuma kalau nak menghanjing tu, cermin dulu la. aku bukan apa. bukan nak bangga dengan malaysia ke apa. cuma aku tak suka nak berlagak.

kalau berlagak depan arab pasal negara aku. sure sure dia nak masuk negara aku. sah sah negara aku jadi serabut tak tentu pasal.

dah lah suka panggil orang malaysia orang cina. kalau orang korea tak pa la juga. orang kata bangga la sikit.


awek arab minat jejaka melayu sebab dorang kata orang melayu ada iras iras korea. tak tahu la kenapa. dah itu statement awek arab. aku tak nak kata apa la.


kembali kepada topik. aku sedih bila tengok dorang suka menghanjing2 ni. bukan apa. nak fikir fikir balik pun. Nabi aku pun datang dari bangsa Arab. aku tak suka la nak maki lebih lebih.

serius weh aku sedih bila terkenang nasib orang arab dekat sini. bila dia menghanjing tu, sumpah macam tak educated. macam tak pergi sekolah. lain betul dekat malaysia. aku rasa sejahat jahat mat rempit pun, tak dala nak menghanjing bangla depan2. paling common pun cakap belakang ja. okay la juga tu. takda la buat sakit hati orang bangla tu.

tapi masalahnya orang, orang arab ni sedara seagama aku. semarah marah aku pun. takkan aku nak marah selama lama nya.

serius seh aku cakap. apabila mereka suka menghanjing2 ni, baik budak kecik takpun orang tua takpun perempuan. serius aku rasa. mereka lah orang yang paling mundur sekali dekat dunia ni. macam tak pernah tengok orang asing untuk dihanjing2 kan.

walaupun jejaka melayu ni kecik, tak bermakna kau boleh menghanjing sesuka hati.

....................

tapi bila bila fikir balik. aku memang kesian dekat orang arab ni.

ini gara gara orang kafir la ni. yang bawak pengaruh pelik pelik dekat dunia arab ni. kan dah jadi pelik dah.

kalau ada lagi empire uthmaniyyah. aku rasa. orang arab yang aku kata suka menghanjing tu.dia mesti seorang insan yang cemerlang.

tapi tengokla. betapa hebatnya pengaruh barat yang negatip2 tu meresap dalam kepala dorang.

eh kejap kejap. kalau pengaruh barat pun. kenapa mat salleh aku rasa lagi educated ja. lagi hormat bangsa lain. walaupun datang dari asia.

aku rasa, orang arab ni. dari segi manner education, depa kurang sikitla. bukan apa, gara2 orang yang tak bertanggungjwab la ni.

takpun, gara gara orang kafir bawak serangn fikiran dalam kepala otak orang arab. sebab tu sesetengah tu fikir macam dah tak betul dah.

bukan orang arab ja pun. orang melayu pun sendiri. bila bab2 serangan fikiran berlaku ja, abis la orang melayu. orang melayu pun semakin hari semakin cam me'layu' ja.

serangan pemikiran lagi berbahya daripada serangan bom aku rasa.

...................

aku bukan nak bawak image buruk pasal orang arab. darah arab pun ada mengalir dekat darah aku juga walaupun tak banyak.

yang pe'el pelik ni pun bukan semua. certain ja. tapi kadang2 terasa macam certain2 tu macam banyak la. kebanyakan nya orang yang stok2 macam tak belajar tinggi ja buat pe'el bodo camtu.

dekat jamiah yang amik medic dengan dentstry takda ja. so far aku tengok depa tak pernah menghanjing orang melayu ni.

fikir fikir balik, orang arab dulu before kedatangan islam. teramat lah jahil. sampai ja islam. terlalu lah hebt.tapi sekarang macam kembali jahil sedikit.

nak kata islam takda. macam tak bole juga.
ada ja. cuma sekadar islam pada nama ja. nama islam, pe'el tak islam.

macam mana tu?

melayu tolong la jangan me'layu'.

tolong lah. tolong?

sekian.




9 comments:

Akhyar said...

lek der..ak pn meluap!

Anonymous said...

chup. diorang ejek ape?

huh. bukan melayu sana minat sangat kat awek arab ke?

W M Najib said...
This comment has been removed by the author.
owner said...

diorang macam mengajuk apa yang kita cakap la. gelak2 kan semua. seolah2 kita tak faham apa yang dia ajukkan tu.

eh tak juga. tak semua. pe'el awek arab tak sama dengan pe'el awek melayu.
cantik tak bermakna lemah lembut.

Anonymous said...

cube tgk airport jordan or msir dgn aiport negara eropah.
n satu lagi cube tgk toilet dkt msia n toilet ngra eropah.
mana lagi bertamadun?
adakah kita tdk bertamadun?
fikir-fikirkan.

Anonymous said...

abes kalau mamat arab ngorat boleh layan ke tak ni??

kalau perempuan melayu lemah lembut..kenapa masih ramai ditinggalkan kekasih melayu dengan cara kasar?

saya tak rasa arab ensem tapi.

W M Najib said...

anonymous, ya ya. sama2 fikirkan.

anonymous, itu hak masing2. tapi pilih la yang baik2. semua ke perempuan melayu lemah lembut?dan semua ke lelaki melayu suka tggalkn kekasih dgn kasar?

arab tak hensem tapi gentleman?

nhmnrh said...

senasib lah dgn kat mesir ni~ lelaki2 arab smua nk mengorat student ppuan melayu jerit "NIHAO MAAA" tak berenti. apa kes.

bagi salam takpe la jugak.

bab menipu ni memang kasi kat arab la en. sepanjang hidup kat mesir ni (ceh mcm dah lama je), dah tak terkira dah berapa kali. yg tktahan, harga makanan paling suka tipu.

sedih tgk orang arab zaman skrg ni.... agungkan sgt firaun tu.

muSafir said...

arab lagi...

tp x sume arab begitu,
macam kita orang melayu, tak semua baik..
nama pun manusia kan???

tp tengok baliklah sirah2 nabi,
kenapa Nabi dan Rasul diutuskan dikalangan Arab?

btw.. ada hikmah disebaliknya, Wallahu Taala A'lam
=)