Friday, June 4, 2010

Chapter 52: Kisah hidup hari ini.

Assalamualaikum,

tengah hari tadi pukul 12.45 aku ada exam visual basic dekat Bangunan 10h3. aku bersama beberapa teman yang lain.

hari terlalu la panas. pakai pula baju hitam bersama topi yang kononnya ingin menutup rambut yang pendek.

naik naik ja. di uji dengan kewujudan ramai awek arab. cun dia tak payah cakap la. kalau pakai tutup2 tu boleh terima lagi. ini sebaliknya yang berlaku.

ini orang kata dugaan musim soifi dekat sini ni.

aku ingat dekat malaysia ja orang yang pakai tudung umpama macam tidak pakai tudung. rupa rupa dekat sini pun ada. bahkan lebih menyeksakan lagi mata mata manusia.

tengah exam. soalan macam susah. jawab mula mula mental. tengok awek arab depan dengan belakang. nampak macam cun. kononnya nak dapat ilham. last last blank. memang Dia nak tunjuk. last last. terpaksa kontrol pandangan. beserta doa. alhamdulillah. boleh la merangkak jawab sikit sikit. paling kurang.

...................

Balik rumah ja, ready ready untuk pergi konferens dengan aktivis2 LL4G tu yang baru ja diselamatkan dari kerajaan Israel oleh kerajaan Jordan.

aku ditugaskan untuk jadi videoman. macaam bidan terjun. nasib baik tiada exam. aku pergi solah petra dengan pakaian ala ala rempit gitu.

konferens yang bermotif kan pendedahan tentang hakikat rejim zionis serta secara tidak langsung ingin memupuk serta mencungkil mata setiap orang tentang masalah gaza itu sendiri.

aku rasa aku tak perlu nak tulis intipati konferens tu sendiri sebab aku yakin ramai akan tulis.

cuma, memang rejim zionis sangat lah kejam. kalau aku cakap pun. korang dah faham.

cuma aku tertanya tanya bila lagi muhammad alfatih ke 2 nak muncul?

orang melayu atau orang arab yang akan jadi hero sebenar eh?

harap harap. semua akan terus lancar. aku mencarut banyak2 untuk yahudi pun tak guna kalau aku tak dapat ubah apa apa dekat sana.

doa aja la yang mampu.

.......................

kebelakangan ni otak macam gila gila sikit. kawan kawan pun ada tegur. bukan tegur apa. macam cakap aku dah pelik.

aku minta maap. ini dinamakan tekanan peperiksaan. aku jadi macam ni sekejapan sahaja. tak lama.

tak pelik mana pun. okay ja. cuma macam bukan diri aku kalau siapa yang kenal diri aku.

tak kisah la. janji korang sudi menjadi kawan aku.


sekian.

2 comments:

nima said...

kenapa x tanya bile aku nak jadi Sultan Muhammad Al-Fatih 2?
huhu.. Kalau semua org nk tnggu..x muncul2 lah mcm tu.

neway, juz a piece of mine~

p/s: tau je kkdg nk ckp mcm tu rasa mcm x layak. (klu akk lah) tp try cbe utk mlykkn diri lps ckp mcm tu.

keyh all da bez!

INTAN said...

izzah, serious we have the same thought. tertarik gak ngan ayat tu~

apa kata kita yang jadi sultan muhammad al-fatih 2?

if it would never be at least we are trying to be~

oldabez too!