Tuesday, June 15, 2010

Chapter 62: Hubungan antara Politik Malaysia dan Organic Chemistry

Assalamualaikum

ya Allah. ujian betul bab bab nak lawan ego ni. aku pantang betul orang cabar keegoan aku ni. biasa la manusia semua ada ego.

tapi sebenarnya aku tak suka ego.

......................

Pagi tadi. subuh subuh lagi. member aku dekat malaysia dia ada post satu link dekat page aku. post link pasal Dr Mahathir. Dia tahu aku salute Dr Mahathir. tapi dia post sesuatu yang lain.

Dia post sesuatu dari malaysiakini. Dalam berita tu kata, Dr M support lesen Judi yang diluluskan dekat malaysia baru baru ni. so member aku macam persoalkan kenapa perlu aku salute orang macam ni?

kalau nak ikutkan nafsu, nak ja aku cakap. suka hati aku la nak support siapa. yang kau susah kenapa.

tapi Allah bagi aku nafsu bukan nak buat macam tu dekat member. tak baik. aku tahu member aku niat dia baik. dia nak tunjukkan aku nilai kebenaran.

tapi serius aku ada juga dalam hati TERcakap watdehek mamat ni?

member punya pasal. aku malas nak debate panjang panjang. buat putus kawan ja pasal politik.

...............

Isu politik bukan isu yang sesuai untuk aku. sebab aku sebenarnya benci politik. nak nak politik dekat negara aku sendiri.

aku tak berani nak cakap lebih dalam hal politik sebab aku yakin aku masih budak lagi.

cuma aku pelik dengan sesetangah rakan sebaya aku yang bila cakap pasal politik. gaya dia macam dah 63 tahun duduk dekat tanah melayu ni. sembang bukan main gempak lagi padahal umur pun tak cecah puluhan.

okay aku faham itu hak masing masing. memang. aku kurang membaca dan ambil tahu pasal hal politik. dan engkau memang tahu pasal politik sebab kau selalu mengikuti arus perkembangan politik dalam negara kita.

cuma yang aku kurang tu. walaupun pembacaan serta pengetahuan kau lebih, tak bermakna kau boleh claim sesuka hati kau yang kau berada di pihak yang paling benar. dah menyalahkan setiap pihak yang tak selari dengan kau.

come on la brader.

aku bukan nak sokong mana mana parti. cuma aku pelik dengan rakan rakan aku yang kecil kecil lagi sudah begitu fanatik dengan pemikiran politik sampaikan orang lain pun dicemuh disebabkan hal politik. walhal, pengalaman mengundi pun belum ada lagi.

aku tak menyebelahi mana mana pihak. tapi aku serius rungsing. kenapa lah muda muda lagi sudah dibentuk sikap fanatik yang sangat fanatik sampaikan arus lain pun ditolak begitu sahaja.
tak kisahla mana mana parti pun.

aku tahu kadang kadang sestengah pihak 'mempermainkan' isu agama. dan itu memang menjadi hak pihak yang lagi satu untuk menentangnya.

nak menentang pun. tak payah la begitu fanatik seolah olah engkau yang mengasaskan sesuatu parti tu. padahal umur pun tak besar mana...

aku tak nak sentuh hal kau nak sokong mana. aku skong mana. itu hak masing masing.

tapi kadangkala aku rasa fanatisme yang terlampau ialah sesuatu yang mengarut.

aku tahu niat kau betul. nak tegakkan kebenaran. tapi dalam usaha kau nak tegakkan kebenaran tu, kau fikir syaitan tak pernah berhenti ke nak ubah kau dalam kesesatan dalam diam.

cool brother cool. kau bukan ahli politik. kau hanya pelajar. aku tahu kau sedang fikir kan tentang masa depan negara. aku tak kisah kalau kau nak jadi fanatik. tapi jangan lah terlalu awal untuk fanatik. aku yakin ada banyak masa lagi untuk kau menilai tahap fanatisme yang perlu kau curah kan dengan baki umur yang kau ada.

hyperfanatisme punca perpecahan. siapa percaya?

......................

kau mungkin kata aku ni orang UMNO atau Barisan Nasional. Ye la. mana tak nya. sokong Dr Mahathir.

aku gelak kan orang yang pemikiran kolot macam ni.

saluting mahathir, tak bermakna aku terus terjun ke parti UMNO atau barisan Nasional.

secara jujur, perjuangan UMNO dengan BN secara tulus pun aku tak pasti. apatah lagi terus nak campur hal politik. maki parti parti lain. sebab kematangan aku dalam hal politik satu keraguan yang sukar nak disangkal.

aku suka mahathir bukan sebab dia orang BN mahupun UMNO.

aku suka mahathir bukan sebab dia sokong lesen judi di malaysia.

aku suka mahathir bukan sebab orang kata dia liberal.

aku suka mahathir sebab kau pun tahu kenapa mahathir patut disukai.

aku terlalu menyirap dengan manusia yang tak bagi aku suka mahathir sebab dia ada kekurangan.

aku tahu kekurangan itu melibatkan Islam itu sendiri. tapi tak salah rasanya kalau aku suka dia sebab benda baik yang dia buat.

aku tak kata pun aku suka benda kurang yang dia buat tu. bila aku cakap aku suka, tak semestinya aku suka semua benda yang dia buat. aku tahu la aku macam ni. tapi jangan lah sesuka hati judge aku dari luaran.

aku tak faham kenapa orang tak bagi aku jadikan Tun Mahathir sebagai sumber inspirasi aku. aku suka tengok keberanian dia.

aku tak kisah kalau kau tak suka mahathir pun. tapi aku tahu. hakikatnya kau bukan tak suka mahathir. kau tak suka benda kureng yang dia telah buat.

bukan dekat mahathir sorang ja. orang lainpun same. kita benci seseorang tu. sebab benda buruk yang dia buat.

tapi kau perlu tahu. beza antara benci orang tu. dengan benci sikap orang tu.

kalau kau benci orang tu. maksud nya. kau benci semua benda yang dia buat.

kalau kau benci sikap orang tu. boleh jadi kau benci sikap buruk dia. boleh jadi kau benci sikap baik dia.

Ini baru kagum sesama orang Islam. belum lagi aku kagum dengan Adolf Hitler.

tak tahu la kalau haram mengkagumi orang Kafir yang ada buat good deeds.

siapa boleh bagi hukum?

.............................

aku nak bagi jelas. aku tak suka bagi serabut. aku tak kisah kalau orang tak setuju dengan aku. tapi aku rasa apa yang aku buat ni tak salah. tapi kalau sesiapa yang tahu hukum lebih tu. jangan malumalu la nak tegur aku. tegur la. takpayah takut.

satu benda yang aku admire mahathir ialah dia menerima kritikan dengan cara yang begitu profesional sekali. bukan macam orang lain, yang nak saman2. padahal dah tahu diri sendiri silap.

..............

betul salah. baik buruk.itu semua lumrah manusia. tak boleh kelentong lagi.

benda buruk. kita boleh kritik. tapi kritik kritik pun bukan sebab kita nak tunjuk kita baik. cuma kita nak yang terbaik untuk semua orang.

benda yang terbaik dekat dunia ini ialah benda yang letak agama dekat atas sekali dalam apa apa pun situasi.

sorry kalau kita tak selari.

*hubungan antara Politik Malaysia dan OC ialah hari ni aku sibuk blogging pasals isu politik padahal aku ada exam OC esok hari*

sekian.

6 comments:

Aika said...

epic last sentence lol.

Unknown said...

ngahahah!

gua respek anwar ibrahim.

tapi tak ada langsung kaitan dengan OC, mahupun punggung tampan gua.

heeee~ <---kadang2 nak gedik2 jugak.

alif said...

gua suke mahathir jugak.
pada sebahagian aspek.

heeeee~ [kalau tulis macam ni, memang gaya gedik (?)]

Anonymous said...

saya buat folia pasal mahathir dan isteri waktu sekolah dulu. dan ada jugak jatuh hati.

saya tak minat anwar ibrahim

saya dah boleh mengundi rasanya. dah daftar.

saya sayang nik aziz.

saya harap, kita boleh beri nafas baru pada politik malysia bila sampai masa kita nanti.

tapi politik di awal umur tak salah. jangan terpengaruh dgn auku. politik sekarang menetukan masa depan anak2 kita nanti. ustaz hasrizal pun kata politik dlm islam penting

so, bukan la perlu diabaikan walaupun kita student.

sekadar pendapat jugak.

:)

cuba baca blog basuhbaju.blogspot.com

Anonymous said...

hurm. sbut psl politik, me too, bukanlah trdiri dr kalangan org yg berjiwa politik nih.
ok stop psl politik.

me too suka dr mahathir. dia mmg seorang yg hebat. all praise be to Allah.
seorg yg berpandangan jauh.
banyak membaca. rajin berfikir.

dulu pernah terdengar orang kata dr mahathir ni slh satu dr tiga orang (kot?) di dunia ni yg boleh baca buku dgn sgt laju. bkn stkt laju, point2 dlm buku tu pun masuk kepala.
tp i have no resource la bout it.

mmg sgt ssuai utk dijadikan contoh.

lain org, lainlah org yg dikagumi kan.
rambut sama hitam, hati lain2. cewah

owner said...

aika, :)

hazen, okayy (?)

alif, tak pasti la. cuba tanya hazen.

anonymous, memang berpolitik bagus masa muda. cuma tak bagus bila jadi terlalu fanatik ketika waktu muda.

anonymous, yup. betul. thx 4 sharing