Saturday, June 19, 2010

Chapter 67: Sehari suntuk di Amman.

Assalamualaikum,

Hari ni sehari suntuk aku habis masa aku dekat Amman dengan kawan kawan Yarmouk. Bangun awal pagi pagi lagi dah gerak pergi Amman.

semangat punya pasal. sebab masing masing dah pasng niat masing masing.

member aku sibuk nak carik kasut Vans of The Walls dia lah. yang lagi sorang nak survey2 barang. yang sorang lagi macam tak da arah tuju. saja saja. aku pula ikut atas jemputan yang nak carik kasut tu.

.............

mula mula pergi tempat bundle dekat abdali. dekat amman. tempat bundle tu bukak hari jumaat ja. waktu pagi pagi.

aku first time pergi. bapak la. sikit bukan main besar lagi. aku begitu seronok sekali tengok barang bundle banyak banyak ni. jadi excited.

mcam biasa. dalam kepala. dah set kasut onitsuka dalam pencarian.

jalan punya jalan. susah nak jumpa onitsuka. aku hanya cari baju ja. kasut kasut macam terlalu banyak dan macam tak best ja.

baju, sweater berlambak. jenama tak payah cakap . bagitahu aja kau nak apa. macam macam ada. dah berapa banyak sweater adidas aku jumpa tadi.

kawan kawan lain dah merayap mana dah. aku minta berpecah. sebab senang sikit aku nak bergerak. aku kalau part part pergi bundle ni tak reti penat.

dalm satu jam lebih. member aku dah call. dia kata dia dah duduk dah dekat tempat mula mula sampai. masing masing dah buntu. tak jumpa barang target masing masing.

dalam hati aku geleng geleng kepala. bukan sebab apa. sebab dorang tak biasa. aku dah agak dah. orang tertentu yang semangat waja ja boleh survive bab bab mencari ni.

tak banyak mana pun. aku angkat satu jersey france yang versi lama. tahun berapa kau tak sure. lepas tu satu t shirt Piala Dunia Perancis 1998. 1 dinar nus ja spend untuk semua ni.

aku tahu. tak semua orang boleh pakai baju bundle ni. sebab aku tau. kadang kadang masing masing takut kena penyakit ke apa.

tapi bagi aku, aku tak kisah. aku yakin. InsyaAllah semua okay ja. dalam almari aku dekat rumah dah banyak dah banyak baju bundle.

aku suka baju bundle sebab murah dah simple. lepas tu kelasik pulak tu.

..............

solat jumaat dekat Masjid Malik Abdullah.

macam solat dekat masjid negeri ja rasanya. terubat juga rindu aku.

aku nampak tadi. ada seorang peminta sedekah dia kena marah dengan penjaga masjid sebab minta sedekah dekat laluan keluar masjid.

aku tengok ja. penjaga tu tarik baju orang tua yang minta sedeqah tu. orang tu tu duduk. dia minta sedekah.

sedih ja aku tengok. terfikir aku macam mana la kehidupan orang tua ni masa muda muda.

................

lepas tu kitorang gerak pergi Mecca Mall. serius aku dah lama tak pergi Mecca Mall.


aku puasa shopping dekat amman. aku part part shopping ni macam berhantu juga sejak dah pandai pegang duit besar besar ini.
aku target tanak spend banyak. itu misi aku.
aku pergi pun sebab nak teman dorang ni yang tak pernah pergi.
mecca mall tak best sangat. aku tak jumpa sangat barang yang bestbest.


lepas tu kami pergi city mall. aku suka city mall lagi.

masuk masuk aku terus pergi footlocker. lepas tu, aku pergi naik atas pergi bershka. lepas tu pergi zara. lepas tu pergi topman

semua nak hightaste ja. padahal aku tengah saving. sebenarnya aku tak rancang nak beli pun. cuma aku suka tengok kedai kedai branded ni. lepas tu try. kemudian tengok dalam cermin sambil tanya dalam diri. segak ke tak?

kawan aku tanpa segan silu siap tangkap gambar lagi. nak beli mahal sangat. tangkap gambar pun jadi la.

last last masa dekat kedai topman. ada clearance stock. serius aku rasa heaven gila.

aku jumpa seluar skinny twister. dari 65 JD jadi 15 JD. serius aku tak tahan. aku geram gila tengok. lagipun ada offer. angkat satu. free satu.

tanpa perasaan kesal terhadap pembaziran aku amik seluar tu. try. lepas tu bayar.

sebelum tu, aku carik dulu barang yang free satu. dia bagi aku pilih apa apa. aku pilih tshirt topman yang biasa orang pakai tu. nak beli harga asal memang tak mampu. tapi dah ada offer. siapa berani tahan?

orang topman tu kata. topman nak pindah dekat taj mall. aku tatahu taj mall dekat mana. itu mall baru. tapi serius aku rasa kalau aku ada banyak duit. banyak juga aku borong tadi.

nasib baik iman masih ada lagi dalam dada.

............

balik masa petang petang dengan penuh kepuasan. sebab dapat jumpa seluar yang di idam idamkan.

nak seluar levi's tapi macam tak mampu sebab terlalu lah mahal. dan tak begitu menepati cita rasa aku ni. sejak dua menjak ni aku suka pakai seluar skinny. aku tak tahu kenapa.

harap harap tak membahayakan sesiap bila aku pakai seluar skinny.
harap harap Irbid mall akan diapgred macam mecca mall paling kurang.
harap harap lah.

sekian.


1 comment:

Aika said...

bundle bessss. branded and murah :D