Monday, June 21, 2010

Chapter 70: apabila Cucuk Vaksin dekat negara arab.

Assalamualaikum,

sejak semalam aku dah rancang untuk buat injection vaksin sebelum pergi umrah pada hari ini. sebab senior aku yang uruskan untuk budak2 pergi umrah sudah mula macam marah dekat aku sebab lengah lengah kan kerja.

salah aku juga. bagi nama lambat. lepas tu, buat injection pun suka suka tangguh. padahal dah tahu diri tu lambat. aku tahu brader tu macam menyirap. aku pun menyirap gak jugak. tapi nasib baik la dia yang tolong aku. kalau tidak. free free ja aku dapat dosa free mengumpat orang dalam hati.

...............

bangun nak dekat dekat tengahari. aku tahu tak stylo. tapi ini lah budaya apabila duduk negara yang ada empat musim ketika musim panas. macam selalu. tidur lepas subuh. jadi, memang sukar la nak bangun awal kalau sudah tidur lambat.

kejut hausmet. sebab semalam pun dah janji dengan dia nak makan kebab dekat balad. masing masing rindu. selepas malam tadi dia duk meluahkan perasaan dia sepanjang aku main PES sorang sorang dengan komputer.

Kami ambil keputusan untuk mengambil teksi untuk pergi ke balad sebab koster macam jauh dan agak lama nak tunggu. hari pun sangat terik. jadi tahan sahaja teksi yang lalu lalang depan rumah.

naik lah. masa naik rasa pelik sebab pakcik teksi tu muka macam tak mesra alam. tambahan pula, dia tiba tiba bawak jalan jauh untuk pergi ke destinasi yang kami pinta. aku cakap dengan kawan aku yang dekat belakang dalam teksi dalam bahasa melayu. aku cakap. pakcik ni sah sah nak cas mahal sebab lalu jalan jauh.

last last bila sampai. memang betul. dia cas mahal. 1 dinar nus. sepanjang hidup aku dekat Irbid. tak pernah aku bayar pergi balad naik teksi lebih daripada satu dinar. aku malas nak banyak bunyik. bayar ja la. nak ayat ayat lebih tak seberapa reti. buat penat dia geleng kepala ja nanti.

.............

aku terus bawa rakan aku pergi untuk dekat tempat cucuk vaksin tu. tak jauh mana pun. dekat tempat macam pasar kompleks yang orang jual jual kain, semua tu kalau dekat malaysia.

naik tingkat satu. tempat tu macam sampah. tingkat 2 dan 3. baru ada rupa sikit tempat untuk amik injection.

aku pergi bayar dekat makcik cashier yang bertugas. dia cakap arab ape entah. aku serius tak faham. sebab jarang borak dengan makcik makcik ni. bagi aku slang dia macam lain sedikit.

bawak resit bayaran, pergi tempat cucuk.dekat tempat cucuk tu, ada seorang makcik yang bertugas . amik resit bayaran aku dan tanya aku belajar apa. aku cakap belajar pergigian. tapi dalam bahasa arab la. lepas tu dia amik jarum dalam peti.

sambil keluarkan jarum tu. buka penutup dia. dia cakap 'adentes'. aku dah blank dah. sambil tu dia suruh aku angkat dekat lengan aku tu sebab dia nak cucuk. dalam keadaan blank blank tu. dia terus cucuk aku tanpa sapu apa apa pun. buat macam bodo ja.

aku masih blank. aku tanya apa tu 'adentes'. last last, aku baru dapat tangkap yang dia cakap ' a dentist'. aku baru faham. tapi itu pun lepas dah kena cucuk dalam waktu yang singkat sekali. dan aku tengah berdiri dekat tempat yang sama sewaktu aku serahkan resit tadi. bukan macam dekat malaysia untuk kena jemput duduk dulu ke. sapu sapu sikit ubat ke apa. ni terus cucuk.

serius terbaik aku rasa pengalaman ni.

..............

lepas pergi cucuk, aku pergi medan makan kebab.

orang tidak ramai sebab musim cuti sekolah dan kebanyakan universiti sudah pun tamat.

heaven juga la. order. cepat ja sampai . namun, dia punya sambal sedikit hambar pula hari ini. kurang masin.

setelah nak habis makan, tiba tiba muncul seorang lelaki tua. dengan membawa macam sesuatu dekat tangan dia berupa satu beg plastik. dan satu mesin yang macam mesin untuk bunuh rumpai.

dia letak dekat meja sebelah meja kami makan. lepas tu, dia pergi dekat meja geng2 mamat arab yang duduk dekat bucu sana.

aku duk perhati ja.

pakcik tu selamba ja paw kebab dengan roti daripada lelaki lelaki arab tu tanpa segan silu. dan dengan pemurahnya, geng geng lelaki tu memberi beberapa ketul daging kebab tanpa kedengaran sebarang rungutan pun. lepas dorang bagi kebab dekat pakcik tu, dorang sambung balik perbincngan dorang mula mula tadi.

dalam hati aku sudah kagum. aku percaya. benda macam ini susah nak berlaku kalau dekat malaysia.

aku percaya pakcik tu bukan tak mampu. cuma dia macam dah lapar sangat. lepas tu dia paw macam tu ja. lagipun, dia ada mesin bunuh rumpai. takkan takda duit kot nak beli kebab?

aku respek orang arab bab2 macam ini. aku rasa mereka tak kedekut dalam hal hal sebegini.

orang kita kadang kadang nampak tak kedekut. tapi lepas dah bagi tu. mula lah mengata.

adohay adohay.

............

balik rumah naik koster. sebab nak saving. dah trauma sedikit dengan pakcik teksi mula mula tadi.

lepas ni serius kena berhati hati tatkala musim panas sebegini ketika mencari teksi.

sekian.

5 comments:

Anonymous said...

bila pergi umrah ni?

owner said...

insyaAllah 23 ni.

Anonymous said...

oh ye?
berapa lama?
tak balik msia ke?

Anonymous said...

mudah2an selamat dunia akhirat...
walk...

Muazz Auzzaie ozy said...

cehhh...ada ker luahan perasaan..jiwang plakk..haha