Thursday, June 17, 2010

Chapter Spesial 1: Bini aku buat aku senyum lebar.

Assalamualaikum,

Hari ini. cerita lain sedikit.

ini cerita 10 tahun akan datang.

.............

Apa la nak jadi dengan aku ni. hari ini bangun subuh pun lambat. itupun nasib baik bini kejut. kalau tak, burn macam tu ja solat aku. terima kasih la dekat bini yang tercinta sebab kejut aku tadi. Selalunya, bini aku bangun awal. kejut aku bangun subuh. kalau kesempatan, kami subuh secara jemaah. tapi hari ni, bini aku lampu merah pulak. adohay.

Lepas solat tu. aku capai tuala dekat balkoni luar. bini aku minta permission aku untuk pergi dapur nak siapkan breakfast.aku kata kan ya.

aku salute betul bini aku ni. walaupun dia tak boleh sembahyang. sanggup betul tunggu aku solat semata mata nak mengaminkan bersama2 doa yang aku baca.
terharu!

............

siap siap mandi ja. aku keluar tandas. terus pergi depan cermin. bukan nak makeup. tapi siap siap kan diri. biasa la. lelaki pun nak hensem hensem gak pergi kerja.bukan perempuan ja mekap mekap ni.

tengah tengah siapkan diri aku. bini aku bersuara dari bawah cakap yang baju aku dah gosok. ada dalam almari. bersama seluar sekali.

padahal aku tahu. memang tiap tiap hari macam tu. tapi dia tak bosan tiap tiap hari ingatkan aku macam tu. tatau la semata mata nak isi skrip perbualan antara kami ke apa. tapi serius bini aku tak ubah macam mak aku. suka ulang benda yang sama. teringat masa nak pergi sekolah dulu. lebeh kurang mak aku la. ingatkan mana baju yang mak aku dah gosokkan.

orang perempuan memang macam ni ke?

..............

lompat cerita masa aku tengah siap siap tadi. aku turun bawah. dengan keadaan segak. tapi tie aku tersangkut dekat bahu. tak ikat ikat lagi.dengan harapan bini akan tolong ikatkan dekat bawah nanti. mana tak nya. tiap kali habis kerja. asik bukak ja ikatan tie tu. masa dekat skolah dulu. boleh ja simpan ikatan tu sampai akhir tahun persekolahan. bila dah kahwin lain pula yang jadi.

turun turun ja dari atas. tengok brekfest dah tersiap sedia dekat atas meja. macam biasa la. bini aku ni tahu sangat feveret aku. nescafe. roti gardenia. nutella. tapi hari ni dia buat spesel sikit. dia buat bee hun. bee hun dia ni mantapbetul. toksah cerita la. belajar daripada mak dia tak silap. tapi serius bila aku makan bee hun dia.makan berlipat ganda kasih sayang aku dekat dia.

aku amik posisi dekat meja makan. tetiba muncul bini aku. dengan membawa nescafe kegemaran aku dalam teko. dia datang sambil buat muka sweet dia.

dia letak teko tu. lepas tu, duduk bersama sama dengan aku.


aku tak sempat cakap pape pun. dia tetiba ja amik roti gardenia dekat sebelah aku. lepas tu sapukan nutella untuk aku. .aku pun tenung dia ja. orang kata, cuci mata di pagi hari melihat bini. tak salah kan? dalam waktu yang sama. aku bercakap dalam telefon.

mana taknya ada patient nak buat appointment pagi tu. dia nak konfem kan dengan aku. anak dia nak pasang braces. so, aku kena check gigi dia. buat apa yang patut sebelum pasang braces untuk dia. hampir semua anak anak dia pakai braces. ni gara gara bagi puting berlebihan masa kecik la ni.

sambung cerita, tatkala bini tengah sapu roti untuk aku. aku amik cawan nescafe aku yang bini aku dah tuang kan tu. aku hirup. wah serius kaw. memang tak rugi aku pilih bini aku ni jadi bini aku . pandai buat nescafe yang sesuai dengan taste aku.

setelah tamat urusan dengan patient tadi. aku letak fon tu. terus buat muka tatau malu amik roti yang bini aku dah sapukan tu.

tak sampai bebrapa saat aku kunyah roti untuk gigitan pertama, tiba tiba bini aku bersuara.

"abang, saya ada cerita nak cerita ni bang,"

"apa dia, sayang?"

"abang, dr cakap saya pregnant"

.................

serius aku happy gila bila bini aku cakap yang dia pregnant. akhirnya, bakal jadi kenyataan aku punya cita cita untuk jadi bapak.

kurang bijak lah bagi siapa yang kahwin tapi tak mahu anak.

seronok punya la sangat. pergi kerja hari tu. satu hari senyum memanjang.

tapi aku takmacam dalam tv tu la yang selalu orang lakonkan tu. nak cerita satu tempat kerja dia yang bini dia mengandung.

aku senyap senyap ja dulu. bukan apa. dekat tempat kerja aku tu. ada sorang member aku tu. dah lama dia kahwin. tapi tak dapat dapat anak lagi.

aku tanak la bagi dia sedih. sebab aku percaya yang rezeki dia belum datang lagi. Allah saja ja nak uji dia tu.

aku percaya semua ni ada hikmah. insyaAllah aku akan sentiasa doa kan untk dia.

................

Aku sangat harap aku dapat jadi seorang bapa yang cemerlang bagi mendidik keluarga untuk cemerlang dunia akhirat.

aku tahu bukan senang nak jadi bapak. bukan semata mata nak dapat anak yang comel, tapi nak juga ber'anak'kan anak anak yang berakhlak secomel muka mereka.

insyaAllah.


*aku geram tengok anak anak arab yang comel belaka.membuatkan perasaan aku membuak buak untuk menjadi seorang bapa*

sekian.


18 comments:

wanny 婉妮 rahman said...

menarik! :)

tepianmuara said...

aku dah hilang ragu.

kau memang matang dan berpandangan jauh.

ha, lepas ni bolehlah buat post salin lampin anak, basuhkan berak, dan tak tidur malam pujuk anak menangis...ya?

hehe. =)

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

bertuah bakal isteri yek. bagus2. doa banyak2 biar jadi kenyataan.

aspirin said...

erkk..
memule x leyh solat.
pastu pregnant.
ape tuh?
huhu..

Akhyar said...

pergh!!! tiga orang le jawabnye tahun depan rumah ni..takpun 5.aha.

owner said...

wanny rhman, thx.

tepianmuara, ye la. nanti saya buat. :P

nhmnrah, bukan. untung saya dapat bini mcam tu. ;)

aspirin, ye tak ye juga eh. sory la. tak de penglaman.

akhyar, come on la. ini 10 tahun akan datang laa!

Anonymous said...

apesal 10 tahun? lambat sangat


dah parah dia ni.

owner said...

paling lambat 10 tahun.

belum parah lagi.

Aika said...

HAHAHAHAHHAHA COMEL GILA POST NIIIIHHHHHH.

Anonymous said...

solehah nye bakal istri~ huhu

MIRA UTTIKA said...

WMNNN ! phewitt ! haha.
aku suka semua post2 kau.tapi ini aku paling suka.advance sikit pemikiran kau !
memang ciri ciri isteri solehah ni.hehe.

Anonymous said...

mne de org pregnnt period... :P

MIRA UTTIKA said...

mybe hari tu baru 1st day period kot :DD

Anonymous said...

hahahaha
sukenyew!!!
kalo la jd betul2 kan??
besh2!!!!

Owner said...

aika, ^_^

sha, aminn. moga moga jadi kenyataan.

mira uttika, haha. thx. tak da la. saja ja. tetiba pulak nak isi ruangan post dalam blog ni. so, terbayang pulak masa hadapan. ;P

anonymous, sorry. takda pengalaman. memang kesilapan yang tak dapat dielakkan ketika menulis.

Jantan keparat, kita merancang. Allah tentukan. :)

sukesuke said...

eh,
kalo da kawen pon,
suami tetap berkeutamaan utk smyg kat masjid au,

bini je afdal smyg kt umah,
laki tetap afdal smyg kat masjed,

ok?

owner said...

insyaAllah, sukesuke.

Anonymous said...

chomel nyer post nie...

suke baca...

i loike.....