Tuesday, June 1, 2010

Chapter 51: Asyik Asyik Ikhtilat.

Assalamualaikum,

arghh.sepatutnya aku dah pergi tidur dah sekarang. tapi yang sebaliknya pula berlaku.
sepatutnya juga chapter 51 aku ni aku nak cakap pasal Life Line 4 Gaza tapi yang sebaliknya pula berlaku.

erghh.

...................

Baru beberapa minit yang lepas. aku tengah lepak dengan kawan kawan aku study dekat bilik housmate aku. tiba tiba ada member aku timbul cakap pasal ikhtilat.

topik jadi hangat. tengah sibuk sibuk tengok youtube fadzilah kam-to-mi tiba tiba muncul pulak topik ikhtilat.

gelak gelak terus jadi serius.

aku nak bersuara. tapi aku bersuara sedikit sambil buat lawak. masing masing menceritakan luahan masing masing. aku nak luah juga. tapi aku malas nak luah sebab aku tau luahan aku banyak. jadi aku larikan diri. terus ke bilik ambil laptop dalam beg. dan buka. semata mata nak luahkan perasaan dalam chapter 51 ni. tentang ikthilat.

..............

aku akui aku bukan lah seorang yang layak untuk cakap tentang benda ni. apatah lagi nak keluarkan hukum haram ke apa ke. itu sila rujuk ulama.

cuma hanya aku nak luahkan perasaan aku yang aku sangat harap tak salah dekat syara' sebab aku sedar bila cakap pasal agama ni bahaya. salah cakap. dosa. lagi lagi orang lain yang baca intepret jadi ke lain yang pula. tambah tambah la dosa.

..............

Dekat tempat aku belajar ni perkataan 'ikhtilat' tu sangat femes. aku malas nak definisi kan ikhtilat tu apa. pandai pandai la carik dekat google kalau tidak tahu.

Ideologi 'Ikhtilat sifar' semakin hangat dalam kalangan masyarkat di sini. okay itu benda bagus . tapi kadang kadang aku rasa sedikit kurang senang.

aku tertanya tanya kenapa benda yang sepatutnya mudah. tiba tiba jadi rumit. benda benda yang kecik tiba tiba besar. apa benda tu ye?

aku geram betul lah. aku tak kisah pun kalau orang nak basmi ikhtilat ke semua. aku boleh je hidup tak contact perempuan ke apa. tapi kalau ikhtilat sifar pun masalah semakin bertambah tak guna juga. aku rasa lah. bukan nak menghalalkan yang haram ya!

aku tak cakap aku nak menggalakkan ikhtilat . cuma aku terasa dalam diri aku sendiri. kalau aku sibuk sangat nak jaga ikhtilat sampai sifar. last last masalah lain pula yang tak sepatutnya timbul, timbul.macam mana eh?.

masalah apatu? bukan masalah aku tak dapat tackle akhawat ke. bukan masalah aku nak cari awek ke. bukan masalah aku nak beramah mesra ke or apa apa. cuma masalah tu masing masing sendiri boleh fikir. mungkin tak muncul sekarang. sila tunggu beberapa tahun akan datang kalau nak tengok result dia yang sebenarnya.

bagi aku sendiri, macam mustahil kalau nak buat ikhtilat tu sifar terus. terlalu lah susah. nak nak dekat sini bukan nya semua berlatarbelakangkan pendidikan agama. serius aku rasa mustahil. tapi kalau nak cakap mintak kurang kan ikhtilat tu boleh la. orang kata step by step la. sebab masing masing manusia. bukan robot nak terus tuka macam tu ja.

bagi aku sendiri la, kalau nak berikhtilat tu berpada pada la. kalau ada hal nak dibincangkan tu. berikhtilat la sedikit. tapi orang kata tu mualamat. tapi tak kisahla nak panggil apa pun. ni hanya aku punya pendapat.
tapi kalau tak da benda nak cakap. lepas tu nak ngada ngada berikhtilat tanpa sebab. itu memang nak mintak penyepak la.

kadang kadang aku terasa yang bila aku buat satu kerja tu jadi susah sangat bila perkataan 'ikhtilat' tu muncul. nak mintak tolong ni orang cakap ikhtilat. nak tanya dekat orang ni nanti cakp ikhtilat. sikit sikit ikhtilat. sumpah aku geram. aku tahu ada limitnya. tapi setahu aku Islam ni tak menyusah kan. kenapa sestengah orang buat Islam jadi susah sangat?

aku tahu aku tak layak nak cakap pasal agama. tapi aku hanya nak meluahkan perasaan aku ni.

lain orang lain latar belakang. kita tak boleh samakan orang ni dengan orang tu. orang ni sekolah agama. orang tu sekolah biasa. lain sekolah lain pe'el. walaupun satu agama.

Islam tu mudah. menuju yang satu. tapi ada banyak cara.

tapi jangan lah kecikkan skop tu dekat satu cara ja yang hanya sesetengah orang ja boleh terima cara tu. kesian sesetengah orang lain. jangan buat orang pandang Islam tu jadi tak fair.

aku bukan cakap semata mata ikut nafsu. nak menentang ikhtilat sifar. supaya aku boleh berikhtilat dengan hati yang girang dekat tempat aku belajar ni. serius aku tak niatkan macam tu.

sumpah celaka kalau aku niatkan sememangnya begitu. minta Dia pelihara niat aku.

aku suka kalau ikhtilat dikawal. aku rasa ikhtilat sifar itu mustahil. kalau kurang tu boleh la. cuma kalau nak sangat sifar tu rasa rasanya, padah lain yang akan berlaku. sebab kena faham dekat sini bukan semua orang latar belakang yang sama.

aku sumpah sayang dengan agama aku. aku bukan nak buat chapter ni saja saja untuk membenarkan sesuatu benda yang agama aku larang.

tersangatlah bodoh kalau aku buat macam tu.

cuma aku suka orang jaga ikhtilat. tapi kalau nak jaga pun. janganlah sampai susahkan orang lain.

aku pun tengah latih diri nak kurangkan ikthilat. dalam waktu yang sama. aku juga kalau boleh taknak susah kan orang lain.

Islam itu mudah. kenapa orang suka susah susah kan dengan cara yang terlalu komplikated dan hanya sesetengah golongan je boleh terima?

lain orang, lain latarbelakang, lain cara.

kita perlu sedar. semakin hari. masyarakat melayu dekat sini semakin bertambah. semakin bertambah. semakin bertambah.

macam macam pe'el akan muncul. yang baik mungkin ada. yang pelik mungkin ada.

tak semua orang boleh terima sesuatu perkara tu dengan cara yang yang sama.

Tolong la jangan jadikan agama tu sebagai sesuatu yang menyusahkan.
dan Tolong la jangan jadikan agama tu sebagai sesuatu yang TERLALU mudah.

biasa biasa sudah.
biasa tak bermakna tak sayang agama bukan?
.....................

aku kesian dekat orang yang kena brainwash habis habisan pasal ikhtilat ni. datang sini untuk belaja tapi last last kena pressure pasal benda benda macam ni.

niat memang elok. taknak benda kemungkaran berlaku. yela. bukan senang nak jadi pemimpin. kalau rakyat buat dosa. pemimpin kena soal dekat akhirat nanti.

ikhtilat memang tak elok. sebab nanti hubungan kita dengan Allah terganggu.

tapi brainwash bukan alternative terbaik. bagi aku lah. ia baik. tapi bukan TERbaik

aku lagi suka orang buat 'heartwash'

apa apa ibadah nak buatpun semata mata kerana Allah. hati tu kena wash betul betul dulu. kalau brain dah cukup wash. hati tak cukup wash. tu yang jadi tak konsisten tu. berubah sekejap ja. naik tahun perangai dah jadi pelik dah.

jom fikir fikir!

gantikan brainwash!

jom heartwash jom!

lalalala~

sekian.

8 comments:

referee bias said...

jom meeting akhawat syabab..
keh3

emirhasnan said...

jom kahwin,xd ikhtilat2 daa..

bawahbumi said...

betul.
dalam hal2 tertentu,benda mudah jadi payah.elok bersederhana,dgn syarat tak menjangkau batasan.

Islam tak menyusahkan.

Unknown said...

gua setuju sangat der,

konsep tu kena betulkan balik.

gua rasa ada salah konsep kat bumi irbid ni.

gua harap lu boleh tolong2 betulkan ye,

bakal press.

muahaha. gelak keji.

shena said...

setuju sama bawahbumi tuh..
bnde mudah jd payah...
elok bersederhana ..

Anonymous said...

wow. heartwash..nice idea..
mungkin benda ni perlu disuarakan ke pihak pimpinan? hurm.
setakat sy duduk disini tak pernah nampak dan tak pernah dengar ade brainwash..

mungkin org tu tersalah cara @ tersalah mengapproach org yang nak ditegur kot agaknya..hinggakan yg ditegur tu rasa dia dibrainwash, sedangkan niat yg nak menegur tu baik..

suka quote ni
"lain orang, lain latarbelakang, lain cara."
sgt betul dan sgt setuju.

sebenarnya mcm yg penulis ckp, benda ni benda mudah..buat apa kita nak pening kepala buat bnd ni jd susah kan..
sbg org yg lama tak berapa lama di bumi irbid ni,
sy fhm kenapa pemimpin nak sgt2 semua fhm apa itu ikhtilat sbnrnye..
mkin lama nnti makin ramai, bila makin ramai makin susah masalah nak dikawal..
jd sbb tu perlu utk manusia2 yg skrg dah ada disini utk fhm spy nnti dpt bntu pihak pimpinan serta serapkan sdiri benda baik2 dlm jiwa adik2 kita nnti.
bukannya perlu utk jd skema..tp benda baik ni kan lg elok dididik dlm diri kita dan ianya sememangnya fitrah pun..
tp yer, proses ni mmg perlukan masa yg panjang..cuma kita sndiri prlu sediakan diri kita..untuk berubah..

bukan dtg dr sekolah agama itu bukan alasan..
yg sekolah agama sdiri pun kdg2 kita pening kepala tgk..
bukanlah diri ni baik sgt..
tp kita nak semua org jd baik, spy bila kita buat slh @ trlupa, ada org yg tegur dan ingtkan kita..
wallahua'lam..
sorry terpjg plak komen. adeh.

psl ikhtilat tu plak, mcm yg penulis kata lah, berpada pada..
ada masanya, ada tempatnya..

sesungguhnya sy mmg sgt2 TAK setuju dgn org yg ckp mcm ni..
"ala..takmau kwn laki ppuan ni nnti nak keje susah.."
tak faham la mcm mana org boleh quotekan benda tu..

kikilala said...

betulkan yang biasa barulah boleh biasakan yang betul..

kadang2 kita kata biasa2 sudah tapi yang biasa2 tu, betul ke biasa di sisi islam?

that's y kita perlu ade ilmu baru boleh beramal..=)

selamat mengutip mutiara di bumi jordan ini..

anon said...

ikhtilat..hot topic.
ikhtilat bukan ke pergaulan yang xde sebab?
kalau ade kerja dan bersebab,x jadi ikhtilat lagi namenye tu.kan?