Saturday, July 3, 2010

Chapter 71: aku pulang tanpa dendam.

Assalamualaikum,

segala puji bagi Yang telah memberi aku terus hidup sampai sekarang.

sekarang aku sudah pulang. aku nak kena kembali kepada tugas aku seperti biasa iaitu untuk sambung belajar bagi semester ketiga aku di jamiah.

secara jujur perasaan malas untuk pergi kelas tu ada. setelah 20 jam berkurung dalam bas menunggu ketibaan ke Irbid. letih penat gembira seronok semua ada.

...............

syukur juga sebab aku dapat sampai semula dekat Irbid. ye la. mula mula terfikir juga takut takut benda yang tak seberapa elok berlaku sepanjang aku dekat sana.

nasib baik.semua nya seperti sedia kala. dan aku harap harap. perubahan baik berlaku dekat aku.

biar orang lain tak nampak. tapi biar aku yang sedar. kalau nak buat semua orang nampak aku berubah. susah juga hidup.

aku balik ni, aku harap. aku dapat capai apa yang aku ingin kan selama ini.

aku harap apa yang aku doa dekat sana dapat menjadi pendorong terus bagi saki baki hidup aku yang tinggal.

aku tak boleh mengharapkan semua yang aku doa itu makbul sebab aku tahu. segala benda yang berlaku tu. ada hikmahnya. tak semua yang kau nak itu terbaik.

sekarang kepala aku botak. tak tahula. harap harap botak aku ni walaupun tak hensem di mata orang. tapi hensem di mata Allah.

dekat sana, dugaan tak banyak mana. balik sini balik, macam dugaan dijangka akan muncul.

dari dulu niat nak berubah. tapi tak dapat dapat. harap harap kepulangan aku dari tanah suci ni dapat jadi turning point.

bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri yang mengidam syurga Allah.

1001 kesedaran aku timba scara sedar tak sedar. tak dalah 1001 . tapi maksud aku banyak juga.
harap harap dapat bagi kebaikan dekat aku.

.......

aku terfikir nak buat diari khas umrah. tapi esok kelas. dalam dilemma. aku berhasrat nak kongsi apa yang aku patut kongsi.

tiada kesal bagiku untuk memilih umrah sebagai destinasi percutian.

sekian.

1 comment:

Mn Salam said...

Ameen..

Sama2 kita lakukan perubahan. Ke arah yng lebih baik. InsyaAllah,,