Wednesday, July 7, 2010

Chapter 74: Cium dan tunduk.

Assalamualaikum,

Serius aku menyirap. siapa la punya tanggungjawab ambil aku punya controller game petang petang macam ni. penat mencari.

takda peluang aku nak bermain PES petang ini.

siapa yang pinjam senyap senyap tu pandai pandai la pulang kan. adohay.

tapi aku takut juga. takut takut aku salah letak dekat dalam bilik tatkala mengemas beberapa hari yang lepas.

sabar sahaja lah.

................

lain bangsa, lain budaya.

itu antara benda yang paling jelas sekali aku nampak apabila mula belajar dekat luar negara ini. dahulu masa dekat malaysia. aku jarang terfikir pasal hal hal macam ni. paling kurang pun kalau cakap pasal budaya yang berbeza, aku akan cakap pakaian tradisional, majlis perkahwinan, dan makanan diorang.

namun, hakikatnya aku terlepas pandang yang benda seperti cara melayan orang sekeliling juga merupakan salah satu daripada budaya yang pelbagai.

.........

bila dah mula kelas ni, biasa lah. mesti macam sudah lama tak jumpa member arab. mana taknya cuti lah katakan. lagipun kebanyakan member arab aku bukan orang Jordan. apabila cuti sahaja diorang pulang ke halaman negara diorang. tak jauh mana pun. jauh lagi malaysia.


jadi bila dah lama tak jumpa, memang budaya arab. kalau bertemu. dia akan salam kemudian cium pipi antara satu sama lain.

aku dalam hal ini agak kekok lah. kalau boleh, masa salam tu. aku akan cuba untuk tarik tangan aku cepat cepat sebab nanti member arab aku tu tarik dekat dengan dia. lepas tu laga laga pipi sambil buat bunyi macam cium tu. dimulakan dengan cium pipi kanan sekali, lepas tu 2 atau 3 kali dekat pipi kiri. dia bukan cium sangat sebenarnya pun dia macam laga pipi ja. sambil buat bunyi macam cium tu. tapi ada ja yang buat macam cium sampai basah tu. tapi aku so far macam tak pernah kena lagi la.

orang kata. kalau cium lama sikt tu. nak melambangkan macam betapa lama serta rindu nya masing masing setelah lama tak ketemu.

setelah banyak kali gagal dengan gaya yang kekok, akhirnya berjaya juga aku buat dengan smooth ja tadi. walaupun pada mulanya nak menolak.

aku tak kisah sangat pun sebenarnya benda benda macam ni cuma aku tak mahir lagi step nak buat tu.

bagi aku, lelaki melayu macam tak biasa benda benda macam ni. mana taknya. cium sesama lelaki. siapa yang nak. orang kata macam gay.tapi kalau diminta untuk cium perempuan, sudah tentu ramai orang yang tak nak tolak sambil kata ini benda biasa.

betul tak?

.............

Aku perasan juga. kalau masa dekat mana mana. khususnya macam lepas sembahyang dekat masjid ke apa. bila budak melayu bangun untuk keluar daripada saf sambil melalui depan para jemaah. akan ada satu perbuatan yang selalunya orang melayu akan buat tanpa disedari.

iaitu, orang melayu ni. bila lalu depan orang ja. pandai bongkokkan sikit badan. bukan bongkok sebab bongkok cuma dah terbiasa dengan budaya hormat bila lalu depan orang. nak nak bila depan orang tua. sambil bongkok. tangan kanan jadi macam tempat menuju arah pergerakan.

itulah antara budaya melayu dalam bab hormat menghormati.

so far apa yang aku perasan. orang arab takda pun buat macam tu dekat publik. melainkan jalan tu sempit ke apa. barulah diorang akan macam kecikkan badan macam bongkokkan diri tu.

.............

banyak aja budaya yang berbeza. tapi tak logik la kalau semua aku nak kongsi dalam satu masa.

orang kata budaya itu melambangkan sikap bangsa.

jadi, apakah signifikannnya disebalik sikap orang arab yang suka mencium rakannya setelah sekian lama tidak ketemu dan sikap melayu yang bongkok serta tundukkan diri ketika berjalan dihadapan orang ramai?


sekian.

2 comments:

Unknown said...

aku nak cium ko, ko tak bagi pun?

isk..

terasa la camni.

emirhasnan said...

hazen-pipi ko penuh jerawat..
komeng xberminat..