Thursday, July 8, 2010

Chapter 75: Allah alihkan hati kau daripada aku sekelip mata,

Assalamualaikum,

gila sayu bai dengan lagu 'Yang Terindah' ni. sumpah sedih. teringat aku akan cerita adamaya. apa kes la aku boleh jiwang mudah mudah ni ja.

apa cerita la pula.

...............

aku dah tahu kau sudah berpunya. tak lagi macam dahulu. di mana saat. aku tahu yang kau suka aku. dan kau pun tahu yang aku suka kau.

tapi itu cerita lama. masa bergerak dengan pantas sekali.

walaupun aku tak pernah cakap aku cinta kau dekat kau depan depan. tapi dalam hati sudah meruap ruap perasaan cinta . tapi aku tahan sebab aku tahu yang cinta luar nikah itu berbahaya.

aku bukan suka kau semata mata kerana nafsu itu sendiri tetapi aku suka kau kerana kau lain. kelainan kau sudah cukup untuk menarik hati yang sukar untuk ditarik ini. bukan sebab aku jual mahal. namun, hati ini dilatih untuk tidak mudah jatuh hati dalam melatih kesetiaan.

aku bukan disini untuk meluah perasaan jiwang semata mata agar kau dapat menyukai aku balik.

mahupun, aku tidak mahu orang lain kata yang aku ni gila bayang disebabkan oleh seseorang yang berjantina perempuan.

tatkala aku rasa aku ingin meluahkan perasaan aku dekat kau. masa itu lah mulanya engkau seperti tidak suka lagi pada aku.

aku yakin ada orang sudah berjaya curi hati kau. selepas aku. tak pernah aku sangka benda macam ini boleh berlaku. sebab aku sudah bajet yang kepada kau sahaja yang akan aku setia.
namun lain cerita pula jadi.

aku parah,kecewa,sedih dan pasrah.

siapa tak sedih orang dia suka tiba tiba 'melarikan diri'.

lama punya lama aku berduka. lama lama aku mula sedar yang ini semua berlaku bersebab.

aku punya Allah.

Allah rancang ni rancang terbaik punya aku yakinkan dalam hati aku. walaupun agak sekian lama macam kecewa.

tapi aku tidak boleh kecewa berpanjangan sebab aku lahir dekat dunia ini bukan sebab kau semata mata.


tatkala ingin aku melafazkan cintaku dekat kau. tiba tiba Allah alihkan hati kau dekat orang lain. padahal sudah aku yakin yang engkau macam tiada orang lain lagi selain aku.

Allah sebenarnya nak jaga aku. Allah tahu aku ni tak kuat dalam benda benda macam ini.

Dahulu aku pernah nasihat orang untuk tak perlu bercinta sebelum kahwin. tak perlu couple couple semua ini. sebab benda benda ni merepek.

Dia uji aku
aku sendiri hampir hampir tergelincir ke arah benda benda merepek ini. Namun, Allah tarik aku dengan benda yang tak pernah aku fikir akan hikmahnya pada awalnya.

sebab aku pernah yakin bahawa cinta sebelum nikah itu palsu. dan aku hampir hilang keyakinan apabila aku jumpa kau.

tapi Allah bagi aku yakin balik bila Allah alihkan hati kau dekat orang lain sekelip mata ja tanpa aku sedar.

Ini memang Allah uji. Nak uji betul ke aku ni beriman dekat Dia. dia tarik orang yang aku cinta macam tu aja tanpa aku duga.

kalau betul lah aku suka kau kerana Allah, tak patut bagi aku untuk berduka.
kalau betul lah aku suka kau bukan kerana Allah, memang sebab itu aku akan berduka.

jadi, aku sepatutnya tak perlu berduka kalau betul aku cintakan kau kerana Allah walaupun kau pergi meninggalkan aku.


............

aku bukan nak jiwang semata mata. tapi aku tulis benda ni ada sebab.
aku tahu orang yang aku suka tu tak akan baca benda ni sebab dia tak pernah tahu blog ini. aku yakin.

aku masih berharap dekat Allah untuk tunjukkan aku asbab yang seterusnya terhadap apa yang telah berlaku.

semoga iman di dada ini masih terus terpelihara.

insyaAllah.

sekian.

8 comments:

Anonymous said...

ai tau la blog ni.

enta akan dapat orang yang lagi baik dari ana.

iAllah.

-peace-

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

gua yang komen atas ni.

jangan exited lak.

Dr. Nur Farah Aisyah said...

"Ajarilah jiwamu untuk mencintai sesuatu yang besar dan mulia,
agar ia tidak mudah terpesona dengan sesuatu yang hina."

Perasaan itu fitrah.
Tapi sekarang mungkin belum masanya.
Ada agenda yang lebih besar untuk dikejar, jangan lemah dan kalah dengan perasaan sendiri.
Syabab, adalah aset Islam yang sangat berharga.
Manfaatkan jiwa muda untuk sesuatu yang besar dan berwawasan.
Teruskan melangkah.

Semoga dipertemukan dengan suri sejati suatu hari nanti,insyaAllah.

Aishah Nur Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

walaupun bahasanya tak jiwang bunga2, namun hatiku sayu membacanya...

tepianmuara said...

aku yakin, ada gadis-gadis tersenyum sipu-sipu malu baca post ini.

"owh...najib kini single.ada peluang lagi ni"

hehe.=)

Anonymous said...

u're so rite ...about HIM.