Friday, July 30, 2010

Chapter 93: pesanan untuk bakal isteri.

Assalamualaikum,

aku harap kau akan baca ni duhai bakal isteriku yang akan ku sayangi walaupun tidak masih ku tahu siapa mu.

...............

aku harap kau tak punyai sikap malas dalam diri kau langsung. kalau sekali aku dengar kau cakap ' malaslah'. dengan itu, aku rasa aku akan fikir dua kali untuk kahwin dengan kau.

pantang larang nenek moyang aku kalau tengok perempuan malas.

kebanyakan kawan perempuan yang aku kenal, semua nya rajin. agak sukar lah kalau aku nak jumpa yang malas. tak tahu lah kalau ada yang berlakon sahaja.

tapi takkanlah aku nak memperisterikan kesemua kawan kawan perempuan aku yang rajin tu?

aku tahu aku tak tahu siapa kau duhai bakal isteriku. tapi yang aku mahu kau perlu tahu yang engkau tak patut jadi malas kalau kau betul betul nak aku kahwin dengan kau.

cuma kalau kau pemalas. bukan aku sahaja yang akan merungut. bahkan aku takut ibu aku juga akan komplen tentang kemalasan kau sampai buat aku bingit telinga.

kalau boleh, sepanjang hayat aku akan bersama dengan kau nanti. aku tak nak dengar langsung perkataan 'malaslah' dari mulut kau.

kalau lah boleh.

tolong jangan buat aku kesal lepas kahwin bila tahu kau malas tahap gaban.

tolonglah.


...............

cukuplah sekadar aku melihat rumah orang lain yang bersepah dek kemalasan si isteri untuk mengemas.

aku bukan nak mengata. cuma nak amik iktibar. aku berdoa untuk dijauhkan daripada sikap malas dalam diriku. dan juga untuk bakal isteriku.

orang yang beriman sepatutnya tak malas bukan?

sekian

12 comments:

Anonymous said...

kalau tanak isteri pemalas, kita lah kena jadi rajin dulu kan ? :)

Anonymous said...

abg najib..sy rajen..sngat2..nk sy jd isteri ke??
hehe..

Anonymous said...

haha..blaja tinggi2..tapi stil ingat kerja housekeeping kerja orang perempuan.Kalau kau tahu dan faham,kerja orang perempuan hanyalah melahirkan anak.The rest ihsan pada suami.

Aku anti betul dengan lelaki jenis kau.Berdoalah kita tak berjumpa di alam nyata.Ameen.

Oh Nana ! said...

aku tak stuju la ngn anonymous atas ni. malas tu luas skopnya. tak terletak pada housekeeping saja.

Anonymous said...

dr dreaming,aku tau la malas tu luas skopnya,tapi budak gigi ni state pasal housekeeping je.(if im not mistaken la)

Aku tak rasa kerja mengemas,memasak kerja orang pompuan je.Kau rasa macam tu ke?

OK je post yang lain,tapi aku rasa yang ni macam tak suits je.Sorry-la,mak aku,kakak aku pon perempuan.Dah tiba masanya,lelaki pun buat kerja ni dan bila pompuan cakap malas,aku tak rasa dia malas.It's a bit more to express her feeling to one guy thats only know to list down,i dont want this type of person to be my wife.Bla3.lol!!

Aku benci fahaman tu.HAHA! Peace,no war//

Anonymous said...

memang "budak gigi" ni cakap pasal mngemas rumah, tapi agree jgk ngn drdreamlover tu. 1 contoh malas dr sudut kemas rumah. lain, bnyk lagi benda utk dimalaskan.

nabi dulu pun tolong isterinya dalam urusan hidup. kerja perempuan pun bukan nak lahirkan anak je. isteri tu anugerah.

tak perlu la buat gaduh kat cni. tukar nama org jd day dreaming. dr peace-peace bole jadi sensitive. no offense. think about it.

Miss X said...

Dengan itu sy merasakan Najib takkan kawin sampai bila-bila.

Mana ada manusia yg tak malas. Kalau tak, xde la Nabi pesan doa 'Aku berlindung dari resah dan sedih, dari berat dan MALAS...'

Try to watch this vid. http://www.youtube.com/watch?v=Nw0s4C0g5SM

Kalau yang bersepah tak pernah kemas tu, bukan malas, tp dah memang jenis bersepah. Kadang boleh ubah, tapi selalunye payah. Kate 'You Completed Me', so tolonglah beliau menopap habit tersebut, dgn jadi orang yg kemas.

emirhasnan said...

Setuju dengan dr dreamlover.
Aku juga ada malasnya..

Owner said...

seronok buat post kontroversi macam ni.

ini hanya pandangan aku . aku tak kisah kau orang nak cakap apa pun.

tak setuju tak pa.

tak berdosa rasanya.

peace no war!

owner said...

anonymous. aku rasa nanti kita akan bertemu kelak.

jangan bimbang.
insyaAllah.

emirhasnan said...

aku juga berminat mahu jumpa cik anon.
sudikah?

Anonymous said...

sori la der (owner n drdream),tetibe insaf baca artikel ni.kalo ada rasa mcm tak kena pendapat aku,my bad.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2805

buat post kontroversi,berjayanya kau owner :p